Members on Board

Sempena bulan Ramadhan yg mulia ini, hayati kisah ini...
Ketika Nabi Yunus A.S. merasakan tekanan yg menghimpit dalam perut ikan paus,di dalam kegelapan yang sangat pekat. Seumpama kegelapan dasar laut itu telah menghimpit Nabi Yunus untuk berada di dalam kegelisahan dan penderitaan serta berasa teramat lemah. Lantas baginda pun meminta pertolongan kepada Allah yang Maha luas rahmatNya dan yang Maha menerima taubaat hambaNya. Terlontarlah daripada lisan baginda kalimah-kalimah laksana permata yaqut dan marjan,sebagaimana yang disebut dalam firman-Nya
".....maka dia pun menyeru di dalam keadaan yang gelap-gelita dengan berkata: sesungguhnya tiada Tuhan(yang dapat menolong) melainkan Engkau(ya Allah)! Maha Suci Engkau(daripada melakukan aniaya,tolonglah daku)! Sesungguhnya aku adalah orang yang menganiaya diri sendiri." [surah Al-Anbiya: ayat 87]
Jawapan keatas doa itu amat cepat, dimana Allah swt berfirman: "maka kami kabulkan permohonan doanya dan kami selamatkan dia dari kesusahan yang menyelubunginya dan sebaimana kami meenyelamatkannya,kami akan selamatkan orang-orang yang beriman ketika mereka merayu kepada kami." [surah Al-Anbiya:ayat 88]
Allah mewahyukan kepada ikan paus supaya mengeluarkan Yunus A.S. di tanah lapang. Nabi Yunus A.S. pun keluar di tepi pantai dalam keadaan yang lemah lagi sakit dan dia menerima pertolongan serta rahmat Allah. Allah menumbuhkan pohon yaqthin, setelah memakannya, kesihatan tubuh badan baginda kian bertambah baik. Demikianlah, barangsiapa yang mengenal Allah dalam kelapangannya, maka Allah pun akan mengenalinya dalam kesempitan.
*semoga bulan Ramadhan ini kita sentiasa ingat pada Allah dan semoga kita mendapat rahmat daripadaNya...amin*
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 Ekor Rama-Rama Berbicara: