Members on Board


Hai...


Mesti semua tau kan drama Nora Elena?? drama ni baru je habis semalam..mmg ramai penonton Nora Elena..sy pun suka tgk cerita ni...

ini sinopsis cerita ni...ambil dr website lain ( Sinopsis Drama Nora Elena )

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima. Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.


Cite ni jgk diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci oleh Meen Zulaikha...tp sy blm pernah baca lg novel ni...seriously sy tak minat nak baca novel cinta..sy suka tgk drama cinta je..hahahaha..klu baca mesti ngantok..haha, pelik kan??? hehe..apa2 pun drama ni mmg best bila hero Aaron Aziz digandingkan dgn heroin Siti Saleha..mmg mantap la lakonan dorg..hehe..

Thats's all..nyte semua, assalamualaikum =)


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 Ekor Rama-Rama Berbicara: