Members on Board


Ibadat puasa mempunyai peranan membentuk akhlak dan peribadi mulia seseorang Muslim. Rasulullah banyak menjelaskan peranan puasa dalam membentuk akhlak seseorang melalui hadis Baginda.


Ibadat puasa mempunyai peranan membentuk akhlak dan peribadi mulia seseorang Muslim.

Rasulullah banyak menjelaskan peranan puasa dalam membentuk akhlak seseorang melalui hadis Baginda.

Antaranya puasa membentuk kesabaran. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Puasa itu adalah separuh kesabaran.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Maksud hadis ini adalah puasa itu dapat melatih orang yang mengerjakannya dengan kesabaran. Misalnya, sabar melawan nafsu makan, minum, jimak, perasaan marah dan sabar daripada melakukan segala perkara yang boleh menghilangkan atau mengurangkan pahala puasa.

Oleh itu, Rasulullah sentiasa menggesa sahabatnya memperbanyakkan puasa (termasuk puasa sunat) dan menjelaskan puasa itu tiada bandingan baginya.

Diriwayatkan daripada Abu Ummah katanya: “Aku datang bertemu Rasulullah dan aku berkata kepadanya: Suruhlah aku dengan satu perkara yang aku dapat ambil terus daripada engkau. Jawab Baginda: Hendaklah engkau berpuasa, sesungguhnya puasa itu tiada bandingan baginya.” (Riwayat al-Nasa'i)

Selain itu, puasa berperanan sebagai pengawal kepada orang yang berpuasa. Dengan itu orang yang berpuasa tidak boleh mengumpat, mencaci, memfitnah, mencuri, bergaduh, bertengkar dan sebagainya.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Puasa itu perisai, maka orang yang berpuasa janganlah bercakap kotor dan melakukan perbuatan orang jahil.”

Berdasarkan penjelasan Rasulullah ini, puasa itu dapat mengawal seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat.

Ada pelbagai pendapat ulama dalam menjelaskan maksud ’puasa itu perisai’. Ada yang mengatakan puasa itu menjaga orang yang berpuasa daripada segala syahwat yang boleh merosakkannya. Ada pula yang berpendapat puasa sebagai pelindung daripada segala dosa atau api neraka atau kedua-duanya.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

2 Ekor Rama-Rama Berbicara:

nuranne said...

Time puasa ni lah boleh tahu itu hasutan syaitan ka atau sememangnya nafsu diri sendiri.

Good post sis.

Siti Zalikha Mohd Ridzuan said...

betul, betul, betul~~hehe