Members on Board



Assalamualaikum....

Wahhh dah lama dah update blog sy yg cantik ni..hihihi..dah berhabuk dah...haha..emmm bukan tak nak update tp stu takda masa nak update sbb busy dgn assignment & report lab..stu lg...takda idea nak update...hehe..hari ni curi masa study week kejap nak update blog...actually skrg skrg ni dah study week...lbh kurg seminggu lg dah nak FINAL EXAM!!!! Hahaha...anyway persediaan nak exam?? No comment...hahahaha~~bolehlaaaaa...lebih kurg dua bulan lbh jgk la sy tak update blog ni kan??? hmmm...takda apa yg menarik sepanjang dua bulan tu...Cuma ada satu hari yg bahagia buat sy..hari lahir sy yg ke-20 pada 24 November yg lepas...hihi..sy tak update pun blog time...so sy update skrg la ye...sy nak ucapkan terima kasih kpd semua yg wish my 20th Birthday lbh kurg sebulan yg lalu...sama ada yg call, SMS, wall post FB n yg wish face to face...sy ucapkan terima kasih banyak2...moga2 doa2 anda semua dimakbulkan oleh Allah...hari ni 31 Disember 2011, hari terakhir di tahun ini..esok dah tahun 2012..selamat tinggal tahun 2011 dan selamat datang tahun 2012!!! Banyak kenangan manis, pahit, tawar, pahit dan semua rasa la...hehe..semua tu mematangkan kita utk jd lebih dewasa..hehehe..sebelum tahun 2011 melabuhkan tirainya, sy nak minta maaf dgn semua yg mengenali diri ini andai ada salah dan silap, terkasar bahasa atau apa pun membuat anda semua tersinggung..moga tahun baru esok lebih baik dr tahun sebelumnya..that’s all from me..

Happy New Year 2012 and Assalamualaikum~~see you in 2012!!!


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Cik Ikha is wishing to all Indians, A very Happy Deepavali...especially to my grandparents, uncle, aunty, ang all my cousins...May your home light up with the joy of Deepavali ^_^

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO



Assalamualaikum everyone..lama dah ek tak update blog..sorry..sbb busy sgt..hehe..tanggal 1 & 2 Oktober yg lalu, ada orientasi bersama junior2 baru Plant Resource Science Management programme dkt external lab UNIMAS & Kubah National Park..hehe..seriously I say, mmg syok giler dgn perangai junior2 ni..adoi..mcm2 perangai...sy jadi fasilitator utk group no 8, TIMBER HUNTER..hahaha!!! mmg terBAEK arr korg!!!

Pelajar yg dua kali ganda lebih ramai dr batch ktorg..


Ni group TIMBER HUNTER...tgk la tu perangai dorg..hahaha :p



Aktiviti lukis bendera kumpulan..ntah ape jelah dorg buat..ada ke letak kat pokok tu We love Ika..pastu lukis gmbr sy tgh potong pokok tu..adoiii~~hahaha





Aktiviti pakaian pki newspaper..haha hensem2 semua model nih!!


Hiking kat Kubah National Park... seriously mmg tak larat nak hiking sbb ada masalah kesihatan..tp xkn la sbb kita sakit, kta tak blh cuba kan??akhirnya dpt jgk smpi..yg paling best my group bg support..sanggup tolak Kak Ika yg comey ni (comey ke??hahaha...) dr belakang..haha..kesian korg, ptt sy la yg lead dorg n bg support, tp terbalik plak..minta maaf la adik2..mmg tak dpt nak bt apa..



Tgk tu perangai 3 jejaka impian tu..pantang nmpk kamera..hohoho


dua budak PALAPES..Kamal & Zamir


sorang jejaka impian ni pun pantang gak nmpk kamera..si Zarif..yg sblh kanan blkg sy tu..

Hah kan dah ckp..pantang nmpk kamera..hahaha..kunun fasi kena buli....



My group yg sporting!! ^_^


Lepas kena sengat dgn hornet pon msh bley senyum budak palapes dua org ni..hahaha :p




Waterfall yg indah....Subhanallah..

Mmg seronok giler arr dgn korg semua..klu ada lg aktiviti mcm ni, pasti sy nak ikut lg...

That’s all...Assalamualaikum and take care everyone!!!


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO


19 September 2011 = 18 years old
Happy Birthday Dear!!!

Just a short entry;

Sy nak mengucapkan Selamat Hari Lahir yg Ke-18 buat adikku, Siti Zahirah Mohd Ridzuan..moga panjang umo murah rezeki & sentiasa berada dlm lindungan Allah SWT..jaga diri elok2..skrg umo 18 dah kira dewasa..hehe..lots of love from your KAKAK =)



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Assalamualaikum & apa khabar semua...

Hari ni dah seminggu dah berda di UNIMAS tercinta..hahaha..skrg dah second year kat UNIMAS..maknanya subjek pun susah jgk la kan?? mmg susah pun, baru tgk tajuk mcm nak pengsan jerr..hahaha..

This is my subject for this semester :-

STT 2094 - Soils in Our Environment

STT 2103– Mycology

STT –Forest Science & Management

STT 2043 - Principles of Pest Management

STT 2023 – Plant Systematics

STF 2052 – Natural Rasources Management & Legislation

PPD 0012 – Co-curriculum ( Asas Fotografi Perkahwinan)

Buku pun dah siap pinjam dr library awal2..klu tak org lain ambil..hehehh...



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Nak jadi.....


Botanist
yg ni....


Wedding Photographer
or yg ni???


Dua2 boleh tak?? hehehe :)

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO


Dear my future husband,

I need you to make me want to learn about Islam,
I need you to take me to the Mosque when i don't feel like it,
bring me beautiful prayer rugs to make me 'want' to pray,
read me surahs from the Quran so that i can understand this beautiful religion that i feel like that i have been shirking for such a long time...
I need you to do this because i want to be there for you in Jannah waiting by that beautiful gate with my hand reaching for yours...
I want be able to tell our little girls that Islam is extraordinary when you have the right man helping you understand it...
So when our daughters grow up and search for their own husband (figuratively speaking of course, our daughters won't date! Its, HARAM!!) they will ask Allah to find a man like you.. to find their own helpers in this world... because that's what we do in this planet...
We find our spouses that help us better ourselves in every way possible and when we do find that special someone, all we can do is look up to the sky and thank God for this person who we don't deserve but somehow have gotten to share the rest of our blessed lives with...


"Sometimes we just have to accept that people are going to stay in our hearts even when they don't stay in our lives..."

This dedication I dedicate just for you my future husband, if Allah wills it....
Nothing special about me, please remember that...
I hope, you choose me because of Allah...
I'm not beautiful like preity zinta,
I'm not very excellent in Islamic knowledge, like Saidatina 'Aisyah,
I'm not a great woman in Jihad like Sumayyah,
I'm not a good woman like Saidatina Khadijah..
But, I'm only a mere volunteer missionary and only a person who want to be the best woman and the best wife....that's me...and only me...


The last but not least, I want to be a good Muslimah and become your source of inspiration in DAKWAH!



-Your loving future wife, InshaAllah...If Allah wills it-
Tomorrow may not be~~

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO



More Hari Raya Aidilfitri Comments


Assalamualaikum..

Pejam celik, pejam celik, insyaAllah esok dah nak raya..Alhamdulillah..so hari ni semua busy nak buat preparation utk esok kan??ada yg kemas rumah, ada yg pegi pasar dan mungkin juga ada yg baru nak beli baju raya..hik3..kemas rumah sy dah settle kan semalam..bersih berkilat..hahaha~~so hari ni tugas sy adalah masak dgn ibu..sementara ni sy dah takda kerja nak buat, so sy pun kemas la jgk blog sy yg tak seberapa ni..hehe..ni la hasilnya..ada ketupat, pelita & paling best ada lagu raya..ada la feel nak beraya ckit utk pembaca blog ni..hahaha~~jemput la ke rumah sy ya..bg yg tak dpt datang, lawat blog sy ni pun dah okey dah..ada jgk feel raya tu, cuma takda kuih raya, rendang semua tu..hik3..

Bagi yg belum smpi kat kg tu, hati2 di jalan raya..bg yg dah smpi kg tu, tolong2 la mak tu masak ye..hehe..ambil la kesempatan ni bergembira dgn keluarga yg tersayang..bg yg takda ibu bapa, jgn bersedih, tp bykkn berdoa kpd mereka..insyaAllah mereka akan ditempatkan dikalangan org yg beriman..

Anyway, sy Siti Zalikha Mohd Ridzuan ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dan keampunan dr hujung rambut hingga hujung kaki kpd yg mengenali diri ini sama ada yg rapat mahu pun tidak..dgn ucapan Selamat Hari Raya Aldilfitri, Maaf Zahir & Batin dan juga Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg Ke-54~~


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO



Sy dah cite pasal kuih raya, duit raya..so nak cite pasal kad raya la pulak..hehe..zaman skrg org dah tak guna duit raya lg dah..skrg dah pakai e-kad raya ataupun electronic kad raya..semua hantar pki sms, mms, atau pun paling senang melalui Facebook atau Twitter...PERCUMA je..takda kos pun..dan bley hantar smpi beratus-ratus org...klu hantar kad raya, kena beli kad lg, kena beli setem..tak kan nak anta kad raya smpi beratus-ratus kawan kita kan??haha..jenuh nak tulis kat kad raya tu..tp tradisi kad raya tu tak ble dilupakan..sbb org dulu anta pki kad raya utk kawan dia yg jauh2..

Sy pun dpt kad raya..ni antara yg sy simpan..ada lg yg lain..semua sy simpan..tak pernah sy buang..walaupun skrg dah blh berhubung dgn FB, tp tak sama dgn kad raya yg diberi tu...hehe..sbb kad raya yg ditulis tu semua luahan hati org yg memberi tu, org lain tak tau apa yg terkandung kat kad raya tu..tak sama dgn luahan kat FB, semua org nmpk...tu la bezanya..hehe..apa pun tradisi kad raya ni tak bly dilupakan..klu takda kad raya, takda la e-kad raya..hehe

p/s: kalau ada sesiapa yg nak anta kad raya kat sy ble la anta ke alamat ni ek..

2052, Kg Muhibbah Bal, Phase 3, Jalan Kuhara, 91000 Tawau Sabah.. atau pun e-mail

zalikhasweet91@yahoo.com atau pun paling senang tag je kat FB yerr...hahahahahaha~~


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO



a. Kelebihan wanita daripada Lelaki

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda:

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

b. Anak Perempuan lebih istimewa
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


c. Kelebihan Ibu
8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

d. Kelebihan Taat Kepada Suami
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya) (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya."


e. Ibadah Wanita;
13. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

f. Keistimewaan wanita Dalam melahirkan dan menjaga Anak .


15. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

~Selamat Hari Wanita Sedunia~

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Hari tu sy cite pasal kuih raya kan?? so hari ni sy cite pasal duit raya la pulak ek...hehe..kalau raya je mesti semua nak duit raya..tak kira budak kecik ke, budak besar ke...semua pun nak..klu sy mestilah nak, sapa tak mau duit kan...haha


Duit raya dah tersedia!! Semangat ni masukkan duit dlm angpau..awl2 sudah masukkan..hehe..bkn duit sy laa, duit abah sy..sy mana layak lg nak bg duit raya, belum kerja,takda income lg..yg dah ada income tu blh la bg duit raya..sy ni layak utk dibagi duit raya..wakakaka!! kat gmbr tu baru separuh yg sy masukkan..ada lg..lain sampul lain la jumlah didalamnya..haha..angpau besar, besar la duitnya..angpau kecik,kecik la duitnya...hahaha..so korg semua nak angpau besar ke angpau kecik??? (tanya soalan cepumas..hahaha!! :p ) budak zaman skrg ni pandai betul menilai duit..dia dah tau duit tu byk ke sikit..klu setakat satu ringgit kot2 dia tak pandang..hahahaha~~budak zaman dulu satu ringgit tu pun kira byk dah..dulu time sy kecik2 mmg byk la dpt duit raya..seringgit pun takda lah nak cerewet sgt..klu zaman dulu lg..duit syiling yg mereka dpt pun dah kira byk...skrg byk perubahan..harga barang naik kot, tu la budak2 ni minta duit lebih...haha..macam la sudah berumah tangga yerrr....duit seringgit pun tak pandang...paling2 pun beli keropok la, mercun la, bunga api la..tak fikir pun yg benda tu merbahaya kan??nnt dah kena bru menyesal..tp klu budak2 yg nak duit lebih utk bt simpanan, tu lg bgs..byk faedah kan...dulu sy mcm tu la...lawan dgn adik sapa paling byk dpt duit raya..then masukkan dlm bank Tabung Haji..kunun sapa paling byk duit dlm akaun la tu..hahaha..bukan duit raya je, tp baki duit pg sekolah pun masuk tabung...smpi la ke form 5..masuk matrik takda dah menabung....sampai skrg..sbb skrg dah ada kad bank sendiri..nak simpan ke nak keluarkan ke, tu hak kita sendiri..hehe..klu ditengok2 la mmg byk faedah menabung tu...duit dlm akaun bank Tabung Haji pun dah byk..tak perlu la tau brapa byk..klu simpan lg, insyaAllah dah blh pg umrah n haji..wahhh, best tu..hehe

Lagi satu sy nak citer ni hah..klu sy pg ziarah rumah kwn2 abah atau ibu, mesti mereka sangka sy ni msh budak sekolah rendah..mmg budak pun...budak U..hahahaha!! so mesti la dorg bg duit raya...happy nyer bla dpt raya..ni la kelebihan org yg berbadan kecil ni..padahal umur dah tua...hahaha..tiap tahun raya, mesti ada yg tny kat abah atau ibu, anak kamu ni darjah berapa??haha..darjah??bukan darjah dah ni..masok universiti dah..ketawa sy sendiri..lucu betul..org tu plak ckp..”ohh masok U dah..tp badan mcm budak darjah 5..keciknya”..haha darjah 5 tapi 9 tahun dulu..hehe..tak tau la raya thn ni..mgkn ada kot yg tny..kali ni klu dorg tny, sy jwb bru darjah 5, so dapat la duit raya..wakakakaka!!! sbb budak umo 19 tahun 9 bulan ni kira dah besar..tak layak nak dibagi duit raya dah..hehe...itulah yg org akan tny, anak belajar di mana..so bila ibu bapa kita jawab anak kita belajar kat sini, kat sana..senang jgk hati dorg nak ckp kan..anak dah berjaya smpi ke Universiti...org tak akan tny kita yg lain2..tu la satu soalan yg ditanya setiap kali sy pg beraya kat rumah kawan parents sy..hehe..utk org yg dah dewasa ni, dapat duit raya ke tak ke tu bukan persoalannya, yg penting ziarah-menziarahi rakan2 & bermaaf-maafan ant satu sama lain..

That’s all..take care & Assalamualaikum...

P/s: sapa2 yg nak duit raya, meh la dtg rumah sy yerr~~hanya umo dibawah 15 tahun je layak dapat duit raya..16 & above dapat kuih raya..hehehe (mcm la duit tu sy yg punya..hahaha :p )


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Assalamualaikum..

Hmmm..tak lama lg nak raya kan??tinggal seminggu jak lg nak raya..maknanya org pun sibuk la buat kuih raya..hahaha.. ya tak? Saya?? Sy sbnrnya tak berapa suka bt kuih2 raya ni..ntahlah..rasa mcm leceh je nak bt...sy lg prefer untuk masak lauk..sbb lg senang...bt kuih ni byk kerja sgt nak kena bt..haha..tp tahun ni ada jgk buat sendiri..tp yg simple jelah..malas nak bt yg susah2 ni...tu pun sy tlg sikit2 jak..tp tlg tengok banyak..kahkahkah :D kuih tunjuk ataupun kuih raya yg dibeli..sbb tunjuk je mana yg nak kan..haha..klu tu byk dari kuih yg bt sendiri..lgpun nak bt kuih raya ni kena ramai jgk yg tolong..klu setakat sy, adik sy ngan ibu sy..susah sikit nak bt bertiga ni..so jalan yg paling senang beli lah..hahaha...klu hari raya ni family ktorg lebih prefer utk masak mcm2 dari buat kuih yg mcm2..hehe..leceh..byk bahan kena guna..tp klu yg mmg minat bt kuih raya tu, dr pg smpi ke malam pun tak sedar sbb asyik bt kuih..haha..jgn smpi tertinggal solat sudahlah ek...klu bt kuih tu tgk2 jgk la jam kat dinding tu..jgn asyik jak dgn kuih tu..actually kuih bt sendiri ke beli ke sama je rasa..Cuma satu kelebihan bt sendiri, kita puas hati apa yg kita bt..bila org suka kuih raya tu, kita pun rasa puas hati jgk la..betul ke??klu salah, maaf la ya..tp apa pun..kuih raya tu tak penting di hari raya..apa yg penting ziarah menziarahi..eratkan silaturrahim..betul tak??hehe

p/s: kejarlah malam Lailatul Qadar..bkn kejar bt raya ye..hehe


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO





Kadang-kadang kita tak reti menghargai kehadiran seseorang dalam hidup kita, kita menolaknya. Dan bila dia sudah kecewa dengan kita, dia lari dari hidup kita. Bila tiba satu masa kita mula menginginkannya, barulah kita mula mencarinya semula. Namun saat itu sudah tidak bermakna lagi. (Manusia akan menghargai sesuatu bila dia kehilangan sesuatu) =)


Watak Utama:

Faruq(bukan nama sebenar): seorang lelaki yang baik, tampan, kacak, bijak, kuat agama, masih menuntut di sebuah Universiti di Russia dalam bidang Perubatan.

Azzah(bukan nama sebenar): seorang wanita yang baik, cantik & manis wajahnya, bijak, kuat agama, masih menuntut di sebuah Universiti di Russia dalam bidang Perubatan.

Kehidupan Faruq sebagai seorang daie (pendakwah) yang hebat dan terkenal di Russia seringkali menjadikan Faruq disenangi ramai orang, bukan sahaja di kalangan ikhwah(lelaki). Malah dikalangan akhawat (wanita) juga. Faruq seringkali memberikan taujih(penyampaian/ceramah) kepada rakan-rakannya di Russia. Begitu ramai orang tertarik dengan perwatakannya, malah ramai orang suka mendengar ceramahnya dan penyampaiannya.

Faruq begitu bersemangat dalam melakukan kerja-kerja Dakwahnya. Malah, setiap hari beliau akan membaca buku-buku tarbiyah dan tidak pernah meninggalkan Al-Quran dalam kehidupan sehariannya. Beliau seorang yang menjaga adabnya dengan orang yang lebih tua. Malahan, dia juga sangat menyayangi orang yang lebih muda darinya. Beliau juga seorang yang menjaga adabnya dengan wanita. Sering menundukkan pandangan dan bercakap dengan wanita bila perlu. Disebabkan itu, ramai wanita yang berkenan dengan beliau.

Manakalah kehidupan Azzah hampir serupa, cuma beliau seorang akhawat. Kehidupannya banyak dihabiskan bersama akhawat lain. Beliau seorang yang terkenal dikalangan akhawat kerana petahnya dalam berhujah tentang isu agama. Belia juga seorang yang aktif dalam kerja-kerja dakwah dan seorang yang terkenal dengan budi pekertinya yang baik dan sopan. Azzah seorang yang pemalu, beliau pernah dirisik dan dipinang oleh beberapa ikhwah namun beliau tidak pernah menerima. Mungkin kerana hasrat hatinya mengatakan bahawa Faruq adalah seorang lelaki yang diimpikan sejak awal lagi. Beliau cuba menyembunyikan perasaannya kerana takut akan fitnah yang akan melanda.


Dipendekkan cerita..

Kehidupan sebagai seorang Daie (Pendakwah) memang begitu mencabar, setiap hari atau akan tiba masanya seorang pendakwah akan diuji. Diuji oleh Allah dengan kesenangan mahupun kesusahan.

Ujian ini menimpa Faruq dan Azzah.


Pada suatu hari, Azzah bertemu dengan Mas'ulahnya(Ustazah Solehah), untuk berbincang sesuatu. Rupanya Azzah ingin menceritakan tentang rasa hatinya dan hasratnya untuk melamar dan meminang Faruq. Mas'ulahnya bersetuju dan berkata dia akan cuba membantu Azzah sebaik mungkin. Mungkin mas'ulahnya faham kenapa Azzah begitu bersemangat untuk mendapatkan Faruq. Faruq seorang yang baik. Masakan seorang yang baik dan soleh begitu tidak ramai yang meminatinya.

Azzah sudah bersedia untuk menuju ke Baitul Muslim.

Setelah beberapa hari berlalu, setelah Ustazah Solehah berbincang dengan Mas'ul kepada Faruq iaitu Ustaz Irfan tentang hasrat Azzah. Ustaz Irfan pun bersetuju dan beliau akan cuba menyampaikan hasrat Azzah itu kepada Faruq.


Surat Azzah yang dikirimkan Ustaz Irfan kepada Faruq :


“ Assalamualaikum...


Akhi Faruq yang ana hormati,

Ana harap surat ana ini bebas daripada fitnah dan prasangka. Semoga, setiap patah kata di dalamnya dinaungi panji keredhaan.

Mungkin ana orang yang pertama berani melakukan ini semua kepada anta. Namun, menyedari bahawa kita masing-masing mempunyai misi baitul dakwah yang perlu dilaksanakan demi Islam, ana harap dan berdoa agar anta dimiliki oleh seorang ukht yang faham tarbiyyah.

Justeru, ketahuilah..

Ana sangat menghormati anta, siang dan malam ana pernah berdoa agar dikurniakan seorang Akh yang faham tentang tarbiyah, tentang dakwah. Bagi pihak ana, dari dulu sampai sekarang, keyakinan ana kepada agama anta tak pernah berubah. Ana sangat yakin anta adalah orang yang terbaik untuk menjadi suami ana.

Ana berharap agar antalah menjadi tulang belakang ana, orang yang akan memberikan semangat kepada ana, orang yang akan mendidik anak-anak ana, orang yang akan menegur ana bila salah, orang yang akan hidup dengan ana demi Islam dan Dakwah. Sebenarnya dah lama ana cuba memendam perasaan ini, ana takut pada maksiat hati yang bakal mendatang andai terlalu cepat bertindak. Kini, ana telah bersedia. Ana sedia dipetik oleh insan yang bernama Faruq.

Azzah.


Surat itu sungguh mengejutkan Faruq. Setelah mendapat surat itu, Faruq siang dan malam berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk. Namun beliau masih merasakan bahawa beliau masih tidak bersedia untuk menerima lamaran tersebut. entah kenapa beliau seperti tidak bersedia untuk menuju ke Baitul Muslim. Mungkin kerana beliau masih merasakan bahawa masih banyak lagi kerja dakwah tidak selesai di Bumi Russia ini.

Faruq terus menuju ke Rumah Ust Irfan. Faruq berkata kepada Ustaz Irfan : "Maaf ustaz, ana masih tidak bersedia untuk mendirikan rumah tangga. ana rasa diri ana belum sesuai untuk berkahwin. Masih banyak lagi kekurangan dalam diri ana. Semoga Allah merahmati Azzah atas niat baiknya itu. Katakan pada Azzah, masih ramai lagi ikhwah yang baik yang sudi menerima Azzah. Tolong sampaikan ini pada Azzah ye Ust"

Ust Irfan tidak boleh berkata-kata apa-apa. Ini keputusan Faruq. Ini adalah haq Faruq.


Setelah satu minggu Azzah menunggu jawapan. Akhirnya beliau mendapat jawapan daripada Faruq.

Azzah sungguh terkejut dengan keputusan Faruq. Faruq tidak menerima lamarannya. Malah Faruq menyuruh Azzah mencari ikhwah lain. Azzah menangis kecewa. Azzah merasakan seakan-akan dihempap batu ke atas dirinya. Beliau begitu terkejut dengan keputusan Faruq.

Hari berganti hari, Azzah mula layu. Akhawat lain cuba memberikan semangat kepada Azzah. Akhawat lain juga ada yang begitu marah kepada Faruq kerana tidak menerima lamarannya. sedangkan Azzah seperti bidadari, begitu baik, malah begitu cantik. Namun mereka masih mampu bersangka baik. Mungkin bagi mereka ada hikmah disebaliknya.

Sebulan berlalu, Azzah kembali semangat. mungkin melihat kepada Akhawat lain yang begitu bersemangat meneruskan perjuangan walaupun ditimpa musibah. Azzah mula merelakan hatinya. Dia selalu saja yakin dengan janji Allah. "Lelaki baik untuk perempuan yang baik". Mungkin dirinya masih lagi belum cukup baik untuk Faruq dan Azzah perlu untuk menjadi lebih baik. Azzah redha dengan keputusan Allah.

Azzah sering teringat tentang surah Al-Baqarah ayat 216 :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"

Azzah Redha. Allah mengetahui segala-galanya.

Faruq masih bergiat aktif di dalam dakwahnya. Setiap kali beliau berQiamullail (bangun malam untuk mendirikan solat dan bertemu dengan Allah) beliau berdoa agar diberi petunjuk oleh Allah dan berdoa agar dikurniakan keputusan yang baik dalam peperiksaan dan apa jua keputusan yang dilakukan oleh Faruq.

Final Exam mula menghampiri.

Entah kenapa, suatu hari sedang mengulang kaji pelajarannya. Faruq mula teringat akan pinangan dan lamaran Azzah. Faruq seperti inginkannya kembali. Mungkin kerana kali ini beliau sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga. Lantas beliau menelefon Ust Irfan memberitahu tentang hasratnya untuk menerima Azzah dalam hidupnya.

Ust Irfan begitu bergembira dengan keputusan Faruq.

Ust irfan berjumpa dengan Ustazah Solehah memberitahu tentang keputusan Faruq.

Setelah Ustazah Solehah menyampaikan berita itu kepada Azzah. Namun Azzah menolaknya. Azzah berkata beliau masih belum ingin mendirikan rumah tangga kerana ingin focus akan kerja dakwahnya. Beliau tidak mahu lagi memikirkan hal itu buat sementara waktu. Mungkin kerana Azzah sudah kecewa. beliau cepat-cepat memberi keputusan itu kepada Mas'ulahnya.

Setelah Faruq mendapat berita itu. Faruq begitu kecewa dan menyesal akan perbuatannya menolak lamaran Azzah sebelum ini.


Faruq menyendiri setelah peristiwa itu berlaku. Beliau tidak langsung menjawab SMS (pesanan ringkas) ataupun menjawab telefon daripada ikhwah lain.

Ketika musim Final Exam, Faruq mula merasa lemah dan malas untuk meneruskan kerja dakwahnya. Faruq seringkali lalai daripada ibadahnya. kadang-kadang beliau melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah untuknya dan untuk dakwah. Beliau leka dengan menonton bola setiap kali ada 'game' bola yang ditayangkan di TV. Beliau tidak pernah 'miss' tengok 'game' bola walaupun sehingga ke subuh. Selalunya, pada waktu begitu beliau akan membaca buku di waktu malam dan melakukan Qiamullail. Beliau berubah menjadi orang yang leka, lalai dan lemah. Beliau tidak mengulang kaji pelajarannya walaupun Final Exam sudah bermula.

Namun ikhwah lain selalu memberikan semangat kepada beliau kerana tidak ingin beliau leka sebegitu. walau apapun yang Faruq buat, ikhwah lain bersangka baik dan masih menghormati Faruq dan masih menganggap Faruq hebat dalam dakwahnya dan ilmunya.

Sebulan setelah tamatnya Final Exam, Beliau begitu terkejut dengan keputusan yang beliau perolehi. Beliau gagal dalam 2 subjek dan perlu mengulangi subjek itu. sepanjang beliau belajar di Russia, beliau tidak pernah gagal dalam peperiksaan. Itulah pertama kalinya beliau gagal.

Saat itu Faruq mula sedar, mungkin kerana beliau meninggalkan dakwah dan mengabaikan pelajarannya. Beliau gagal dalam pelajarannya. Beliau leka dengan Allah dan Allah menimpakan balasan terhadap kelekaannya.

Kini beliau mula semangat kembali. Beliau sering berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan untuk menghadapi semua ini.

Beliau juga mula yakin dengan ketentuan Allah. Beliau tetap redha. Semoga Allah mengurniakan yang terbaik buat beliau. =)

Faruq sedar bahawa kita mesti menghargai kehadiran seseorang yang baik dan benar-benar menyayangi kita dalam hidup kita. Jangan sesekali menolaknya dan jangan sesekali buat dia kecewa. Terimalah seseorang jika dia berniat baik terhadap diri kita. Jika tujuannya adalah untuk menikahi kita. Terimalah dia sebaiknya.

Jika dia bertujuan untuk melakukan maksiat/couple yang tidak dibenarkan. Maka kita tidak seharusnya menerimanya =)

Redhalah dengan Takdir Allah =)


Tamat.

***diambil dari blog Musafir Ilahi***


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Assalamualaikum..

Hari ni dah hari yg ke 17 kita berpuasa..alhamdulillah..maknanya lebih kurg 2 mgu lg kita nak raya ye tak...haha..maknanya org dah sibuk bt persiapan raya...bandar pun dah sesak..keluar mesti sesak punya la jalan tu..penuh dgn kereta..bandar Tawau ni pun sibuk jgk tau..mcm bandar KK jgk..kdg2 ada yg tak sabar dijalan raya..ada yg berebut tempat letak kereta..seriously rebut tmpt letak kereta..haha..lawak2..yelah..tmpt parking terhad..dah penuh dgn kereta..dah la bln puasa kan..dlm keadaan berlapar, panas, sapa yg tak sabar..tp kita kena la sabar, semua org pun sama, puasa jgk...tak pasal2 pahala puasa hilang...klu tak sabar mcm2 bley berlaku..hmm..kita tak mau la nnt nasi jd bubur..ye tak..klu tak nak keadaan mcm tu, lain kali beli awal2 baju ke apa ke..so tak la perlu kelam kabut skrg..hari tu sy pegi Servay Hypermarket..perghhh!! punya laa...dibanjiri org ramai..parking pun susah nak cari..klu nak cari baju baru semua mesti pegi hypermarket tu..tak tau napa...kedai lain tak penuh plak...ktorg pn suka beli kat situ...rasanya mgkn sbb byk pilihan..mmg sy tak nafikan byk pilihan kat situ..semua cantik2..lg stu mgkn sbb kat situ byk jual baju branded..tu la sbb ramai yg datang..lagipun ada sale..sapa tak nak beli..biar baju tu mahal sanggup org beli...nak bayar pun mcm keretapi dah..mak aiii~~haha..panjang barisan..terpaksa la tunggu giliran..tau tak belanja sy utk raya thn ni brapa??hahaha..rasanya?? RM_ 59. 90 hahahahahaha~~isi la yg paling depan tu..kahkahkah :p

Ni la hypermarket tu..haha

Pasar besar pun penuh jgk..tp dah nak dua hari lg raya mmg susah nak p pasar tu..ramai sgt, parking pun dah full..so kdg2 terpaksa tgu kat kereta..yg lain pg beli barang..kdg2 sy ni jenis tak suka klu keadaan yg sesak mcm tu..apa lg time bln puasa ni..hmm..ada la pahala yg kurg tu nnt..hehehe..

Apa2 pun

ü Belanja la dgn berhemah

ü Jgn beli melebihi dr luar kemampuan kita

ü Kawal nafsu

ü Jangan rambang mata klu nampak SALE

ü Beli apa yg perlu

ü Apa yg paling penting kerjasama..ehh bukan.. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, INGATLAH ORANG YG TERSAYANG



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Ibadat puasa mempunyai peranan membentuk akhlak dan peribadi mulia seseorang Muslim. Rasulullah banyak menjelaskan peranan puasa dalam membentuk akhlak seseorang melalui hadis Baginda.


Ibadat puasa mempunyai peranan membentuk akhlak dan peribadi mulia seseorang Muslim.

Rasulullah banyak menjelaskan peranan puasa dalam membentuk akhlak seseorang melalui hadis Baginda.

Antaranya puasa membentuk kesabaran. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Puasa itu adalah separuh kesabaran.” (Hadis riwayat Ibn Majah).

Maksud hadis ini adalah puasa itu dapat melatih orang yang mengerjakannya dengan kesabaran. Misalnya, sabar melawan nafsu makan, minum, jimak, perasaan marah dan sabar daripada melakukan segala perkara yang boleh menghilangkan atau mengurangkan pahala puasa.

Oleh itu, Rasulullah sentiasa menggesa sahabatnya memperbanyakkan puasa (termasuk puasa sunat) dan menjelaskan puasa itu tiada bandingan baginya.

Diriwayatkan daripada Abu Ummah katanya: “Aku datang bertemu Rasulullah dan aku berkata kepadanya: Suruhlah aku dengan satu perkara yang aku dapat ambil terus daripada engkau. Jawab Baginda: Hendaklah engkau berpuasa, sesungguhnya puasa itu tiada bandingan baginya.” (Riwayat al-Nasa'i)

Selain itu, puasa berperanan sebagai pengawal kepada orang yang berpuasa. Dengan itu orang yang berpuasa tidak boleh mengumpat, mencaci, memfitnah, mencuri, bergaduh, bertengkar dan sebagainya.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Puasa itu perisai, maka orang yang berpuasa janganlah bercakap kotor dan melakukan perbuatan orang jahil.”

Berdasarkan penjelasan Rasulullah ini, puasa itu dapat mengawal seseorang daripada melakukan perbuatan maksiat.

Ada pelbagai pendapat ulama dalam menjelaskan maksud ’puasa itu perisai’. Ada yang mengatakan puasa itu menjaga orang yang berpuasa daripada segala syahwat yang boleh merosakkannya. Ada pula yang berpendapat puasa sebagai pelindung daripada segala dosa atau api neraka atau kedua-duanya.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Assalamualaikum...

Hari ini dah masuk hari ke-5 kita berpuasa..Alhamdulillah..hehe..insyaAllah sepanjang bulan Ramadhan yg mulia ni sy akan post mengenai Ramadhan..insyaAllah..sy copy paste je ek..hihi..

RASULULLAH SAW BERSABDA:

"Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"



~ Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Bersahurlah kamu kerana sesungguhnya bersahur itu adalah berkat


~Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Hendaklah kamu Bersahur kamu kerana ia adalah makanan yang berkat


~Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Perbezaan antara puasa kita orang Islam dengan puasa ahli Kitab ialah kita makan sahur


~Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail – hadis dari Ibnu Abbas


~Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur – hadis dari Ibnu Umar


~Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sentiasalah umatku itu dalam keadaan kebaikan selama mana mereka menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud : Sahur itu berkat, oleh itu janganlah kamu meninggalkannya walau pun dengan meminum seteguk air kerana sesungguhnya Allah dan malaikat berselawat ke atas mereka yang bersahur



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Ramadan is a period of fasting, reflection, devotion, generosity and sacrifice observed by Muslims around the world. While major holidays of other faiths have largely become commercialized events, Ramadan retains its intense spiritual meaning.

The word "Ramadan" comes from the Arabic root word for "parched thirst" and "sun-baked ground." It is expressive of the hunger and thirst felt by those who spend the month in fasting. As opposed to other holidays, when people often indulge, Ramadan is by nature a time of sacrifice.

· Through fasting, a Muslim experiences hunger and thirst, and sympathizes with those in the world who have little to eat every day.

· Through increased devotion, Muslims feel closer to their Creator, and recognize that everything we have in this life is a blessing from Him.

· Through increased charity, Muslims develop feelings of generosity and good-will toward others. The Prophet Muhammad (peace be upon him) once said, "A man's wealth is never diminished by charity."

· Through self-control, a Muslim practices good manners, good speech, and good habits.

· Through changing routines, Muslims have a chance to establish more healthy lifestyle habits -- particularly with regards to diet and smoking.

· Through family and community gatherings, Muslims strengthen the bonds of brotherhood and sisterhood, in their own communities and throughout the world.

Ramadan is a very special time for Muslims, but the feelings and lessons we experience should stay with us throughout the year. In the Qur'an, Muslims are commanded to fast so that they may "learn self-restraint" (Qur'an 2:183). This restraint and devotion is especially felt during Ramadan, but we all must strive to make the feelings and attitudes stay with us during our "normal" lives. That is the true goal and test of Ramadan.

May Allah accept our fasting, forgive our sins, and guide us all to the Straight Path. May Allah bless us all during Ramadan, and throughout the year, with His forgiveness, mercy, and peace, and bring us all closer to Him and to each other.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Mari kita hayati kisah ini~~ ^_^

Kehamilan Maryam

Allah s.w.t. telah mengutuskan Malaikat Jibril untuk memberi khabar gembira kepada Maryam bahawa beliau akan melahirkan seorang anak lelaki. Kisah tersebut telah dipaparkan di dalam Surah Maryam melalui uslub dialog di antara Maryam dan Jibril.

Firman Allah s.w.t.:

“Jibril berkata: ‘Sesungguhnya aku ini hanyalah utusan Tuhanmu untuk memberitahu kepadamu tentang seorang anak lelaki yang suci.’”(Surah Maryam:19)

Maryam yang merupakan seorang wanita yang solehah merasa hairan dan kebingungan, mengapa dengan tiba-tiba dia dikhabarkan oleh Jibril akan kelahiran seorang anak lelaki? Bagaimanakah perkara ini harus berlaku? Sedangkan dia tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, apatah lagi untuk melakukan perbuatan-perbuatan keji yang lain? Lalu Maryam brtanya bagi memecahkan kebuntuan yang berada dalam fikirannya:

“Maryam berkata: ‘Bagaimana aku dapat melahirkan seorang anak lelaki sedangkan tidak pernah seorang manusiapun menyentuh aku dan aku bukannya seorang pezina’” (Surah Maryam; 20)

Lalu Jibril menjawab bagi merungkaikan ikatan keserabutan yang menyala-nyala di dalam kepala Maryam dan sekaligus menjadikan Maryam sebagai manusia pilihan yang mendapat rahmat:

“Jibril berkata: ‘Demikianlah Tuhanmu berfirman: Perkara tersebut amatlah mudah bagi-Ku dan agar dapat Kami jadikan suatu tanda bagi manusia dan sebagai rahmat daripada Kami dan hal itu adalah suatu perkara yang telah diputuskan.” (Surah Maryam: 21)

Kelahiran ‘Isa a.s.

Kejadian Nabi ‘Isa a.s. adalah berbeza dengan kejadian segala manusia yang ada di atas dunia. Dia dilahirkan tanpa bapa dan oleh kerana proses kejadiannya lain daripada manusia yang lain, sudah tentu proses kematiannya juga adalah lain daripada manusia yang lain.

Firman Allah s.w.t.:

“Maka (Maryam) merasa sakit untuk melahirkan anak memaksa ia bersandar pada pangkal pohon kurma, dia berkata: ‘Aduhai! Alangkah baiknya aku mati sebelum ini dan aku menjadi barang yang tidak bererti lagi dilupakan’.” (Surah Maryam: 23)

Maryam merasa sakit yang amat sangat ketika hendak melahirkan Isa a.s. sehingga dia merasakan lebih baik mati sahaja daripada menanggung derita melahirkan kandungan tersebut tetapi keresahan itu telah ditenteramkan oleh Jibril a.s. yang menyeru dari jauh.

Firman Allah s.w.t.:

“Maka Jibril menyeru ke arahnya dari tempat yang rendah: ‘Jangan kamu bermuram durja, sesungguhnya Tuhanmu menjadikan anak sungai di bawahmu dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon tersebut akan menggugurkan buah yang mekar kepadamu.” (Surah Maryam:24-25)

Suatu hakikat yang telah disempurnakan! Kalau diikutkan kepada logik akal, tidak mungkin sekali buah kurma yang mekar seperti ayat di atas sebagai “ruthab” boleh gugur dengan digoncang, sedangkan kalau dibiar buahnya masak ranum pun ia tidak akan gugur. Ini adalah suatu hikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada Maryam dan mengikut pakar perubatan, buah kurma yang mekar boleh memudahkan si ibu melahirkan anak dengan baik.

Dan di dalam sepotong ayat yang lain pula, Allah s.w.t. telah berfirman:

“Maka makan dan minumlah serta bersenang hatilah kamu, jika kamu melihat seorang manusia maka katakanlah: ‘Sesungguhnya aku telah bernazar berpuasa untuk Tuhan Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini.” (Surah Maryam: 26)

Untuk mengelakkan diri daripada difitnah oleh kaumnya, Allah s.w.t. telah memerintahkan kepada Maryam supaya bernazar dengan melakukan ibadat puasa dan tidak bercakap-cakap dengan sesiapa pun pada hari tersebut.

‘Isa a.s. Mempertahankan Kehormatan Ibunya

Apabila Nabi Allah ‘Isa a.s. dilahirkan oleh ibunya Maryam, kelahirannya itu telah mencetuskan reaksi yang kontroversi di kalangan kaumnya. Pelbagai andaian dan spekulasi yng dilemparkan kepada Maryam sehingga di kalangan kaumnya ada yang tergamak menuduh beliau melakukan perbuatan zina sehingga melahirkan anak, tetapi dengan tegas Maryam menafikannya.

“Maka Maryam menunjukkan kepada si anaknya itu, kaumnya berkata:’bagaimana kamu boleh berbicara dengan anak yang masih di dalam buaian’” (Surah Maryam: 29)

Dengan izin Allah s.w.t., ‘Isa a.s. dapat berkata-kata dan bercakap-cakap dengan kaumnya, sekaligus menolak fitnah yang dilontarkan kepada ibunya dan di samping itu, secara tidak langsung ‘Isa a.s. walaupun masih di dalam buaian sempat berdakwah kepada kaumnya menyeru mereka kepada Allah, Tuhan yang Maha Satu:

“Berkata ‘Isa: ‘Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku Al-Kitab (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana sahaja aku berada. Dia memerintahkan kepadaku mendirikan solat dan menunaikan zakat selama aku hidup.’” (Surah Maryam: 30-31)

Jelas dan terang ungkapan mulut Nabi ‘Isa a.s. walaupun masih bayi dan sekaligus menolak dakwaan kaumnya yang menuduh ibunya yang suci itu melakukan perbuatan yang terkutuk.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO