Members on Board


Assalamualaikum....

Sy dah hbs kan baca novel dlm seminggu..hahaha...lama jgk..biasa org hbs kan dlm sehari je kan?? actually sy tak berapa suka sgt la baca novel ni especially novel-novel cinta ni..cepat bosan, ngantuk!! Haha...tp novel yg sy baca ni byk beri pengajaran..yg lebih berilmu dr novel cinta2 ni..yg lbh menginsafkan diri....novel ni sy pinjam dr sorg kawan...nnt dah hbs cuti bg balik..hihihi


Hah ni laa buku tu...tajuknya Bumi Cinta oleh Habiburrahman El Shirazy, novelis no. 1 Indonesia...


Novel ini mengisahkan manusia yg mencari makna kebebasan. Watak2 utama yg ada dlm novel ini ialah Muhammad Ayyas, Yelena, Linor, Dr. Anastasia Palazzo. Cerita ni berlaku di Moskow Russia pada musim sejuk. Ayyas seorang penuntut yang menjalankan kajian utk masternya di Moskow. Kajian ttg sejarah2 Islam di Moskow. Ayyas terpaksa tinggal serumah dgn Yelena dan Linor yg dikatakan berbangsa yahudi dah tidak percaya dgn adanya Tuhan. Dengan harga yg mahal, Yelena dan Linor rela menjual kehormatan diri. Kegersangan jiwa telah mengheret mereka ke dalam jurang hawa nafsu bernama kebebasan. Ayyas mencuba utk mempertahankan imannya sbg pemuda muslim di tengah kehidupan bandar Moskow yg penuh cabaran. Satu kelemahan Ayyas ialah, dia tidak dpt menahan pandangan dr melihat perempuan yg cantik. Hatinya pasti resah gelisah. Tp dia dpt jgk mempertahankan imannya. Byk perkara yg terjadi kepada dirinya, sehingga pernah suatu hari setelah memberi pengucapan di hadapan umum, dia telah dicium oleh pembimbingnya sendiri iaitu Dr. Anastasia. Dr. Anastasia merupakan pembimbing Ayyas utk melakukan kajian sejarah di Moskow. Dalam diam Dr. Anastasia telah jatuh cinta dgn Ayyas. Apa yg terjadi lepas tu ek?? Ayyas kahwin ke dgn Dr.Anastasia?? Apa jadi dgn Yelena dan Linor yang sama sekali tidak mempercayai dgn kewujudan Tuhan?? Hmmm, klu nak tau...baca la novel ni ek...sy malas plak nak smbg cite tu..hahaha..klu nak tau kena la baca sendiri bru best...


**Cuti semester dah hampir 2 minggu...tinggal lg dua minggu baki cuti..uwaarrrrggghhhhh~~ cepatnya masa berlalu..mau cuti lg...huhuhu** Selamat malam semua..Assalamualaikum n take care ^_^


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 Ekor Rama-Rama Berbicara: