Members on Board




Bismillahirrahmanirrahim...segala puji bagiMu Ya Allah,alhamdulillah masih diberi kesempatan dan kesihatan untuk berkongsi ^_^

Ada orang tanya,kalau orang buat jahat dengan kita,apa yang perlu kita buat?hee..ikut hati memang belasah balik je.Tapi itu gaya orang yang tak bertamadun dan gaya orang yang tak ada agama.Orang yang bertamadun dan beragama tak begitu cara tindakannya.

Seorang lelaki bertanya, "Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat,yang hubungan aku rapat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya.Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku,aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh." Kemudian baginda menjawab, "Sekiranya benar seperti mana yang engkau katakan itu maka seolah2 engkau menyuap mereka dengan abu yang panas,sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t selama mana engkau berada didalam kebenaran atas perkara yang demikian itu." -Hadis Muslim-

Nampak tu?Nabi tak suruh balas balik,tapi teruskan berbuat baik sebab dengan berbuat begitu kita akan sentiasa mendapat pertolongan Allah.Eh,tak nampak pun.Memanglah kadang2 kita tak tahu yang kita dapat bantuan tu sebab kita berbuat baik kepaa orang yang jahat kepada kita.Kifarah tu,tapi kita tak perasan.Contohnya,motor kita pancit.Tiba2 ada apek berhenti. "haiya,achai.taya u mancit ka?" Tiba2 je dia bersusah payah tolong kita.Padahal tak ada kena mengena pun.Apek lag..hehehe...

Itu mungkin bantuan Allah yang Allah turunkan untuk kita hasil daripada berbuat baik terus pada orang yang jahat pada kita,mana kita tahu kan?hee..Jadi,teruskan berbuat baik.Kalau ada orang kutuk kita,katalah TERIMA KASIH sebab bagi aku pahala FREE dan katalah nak lagi...nak lagi..hik3.. :p

Rasulullah s.a.w bersabda "Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata,'Saya dengan orang,jika mereka berbuat baik,nescaya saya berbuat baik.Dan jika mereka berbuat jahat,nescaya saya berbuat jahat.'Tetapi biasakan diri kamu,jika orang berbuat baik maka berbuat baiklah dan jika mereka berbuat jahat,elakkanlah kejahatan mereka." -Hadis Tirmidzi-

Dalam hidup ni kita memang akan jumpa orang yang jahat dengan kita,padahal kita kenal dia pun tak,berkawan pun tak apa lagi nak bermusuh.Tiba2 dia lancarkan perang keatas kita.Kalau betul2 perang tak apalah,ini dia hantar peluru berpandu guna alam siber.Dalam laman sosial habis dikutuk2nya kita.Macamlah kita ni tak ada emak,ayah,adik beradik,macamlah kita ni tak pernah buat baik,macamlah kita ni jahat sangat..(kisah benar saya kaji dalam laman sesawang ni)hee...

Orang yang begini sebenarnya sakit.Kesian.Usah buang masa anda melayan orang yang macam ni.Cuma tumpukan perhatian anda pada apa yang anda buat,anda akan berjaya.Kalau anda layan,anda akan hilang fokus,hujungnya tak membawa apa2.

Tengoklah orang yang rajin kutuk kita tu apa yang dia ada? Kadang2 mereka saja cari kesalahan anda yang kecil untuk dibesar2kan supaya orang yang sempat nak tengok kesalahan dia pula.Itulah manusia.Jangan terkejut kalau orang yang berbuat begitu pada anda adalah orang yang anda hormati,kadang2 orang yang berlagak baik ni lagi jahat daripada penjahat.Tapi,tak semua begitu ya..sesetengah sahaja. :p

Moral of the story,eh.speaking pulak..hehe,kesimpulannya ikutlah saranan Nabi s.a.w tadi.Apa dia?Biasakan diri kamu,jika orang berbuat baik maka berbuat baiklah dan jika mereka berbuat jahat maka elakkanlah kejahatan mereka..selamat beramal semua,assalamualaikum ^___^

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

2 Ekor Rama-Rama Berbicara:

Anonymous said...

Betul tu Zalikha. Senang cakaplah kan, kalau orang baling batu kat kita, kita kasi ais krim kat dia. :p

Siti Zalikha Mohd Ridzuan said...

yup2 btl tu...xpe biar dia senang hati dgn ais krim yg kita bg tu :)