Members on Board


Duduk mengkhayal.....
tiba2 otak ligat berfikir.. 
fikir apa? 
cinta?
Ya cinta...
Cinta utk apa?
Untuk menempuh kehidupan yg lebih lagi
Otak ligat berfikir utk tajuk research master. 
Idea mencurah-curah ke ladang gandum. haha. 
Tajuk dah ada yg berkenan di hati..
Kenalah jatuh cinta dgn tajuk yg kita nak buat kannn
cuma kna cari info, baca jurnal sblm nak bt proposal. 
Just a preparation kan...
Bila da ready nnt, bru lah submit proposal ke pihak U
Sekurang-kurangnya otak ni tak la berkarat. 
Otak ni klu lama tak dilatih utk berfikir nnt jd lembab plak kann..hehe
First step first
Lama-lama jadi bukit
Ada masa yg cukup utk bt segala persediaan sblm pergi ke peringkat yg lbih tinggi
This is what I LOVE.
Yakin pada diri yg diri ni mampu buat,
Yakin pada Allah yg Dia akan beri aku yg terbaik
InsyaAllah

---Assalamualaikum ---

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO



Assalamualaikum kawan2..hehe apa khabar? Sihat tak? Harap2 sihat la ya hendaknya. Sy pun Alhamdulillah sihat. Pejam celik pejam celik almost 2 months da sy kt rumah tercinta. Bestnyaaa. Best ke??? Org yg busy mmg akan ckp cuti best, tp org yg dah lama cuti ni BORING tau duduk rumah jak. Nak jalan2 pun xdpt, sbb xda lesen kereta lagi. Hahahaha. Padan muka sapa suruh xmau ambik lesen. Hehehe.  So jadilah PA housewife sepenuh masa. Personal Assistant Housewife utk ibu tersayang. Gaji pun agak lumayannnnnn. PAHALA drpd Allah. Best kannnn?? Adik lelaki pun dah pegi belajar dkt Selangor. Kalau sblm ni masa sy belajar di Sarawak, dia la yg teman abah ibu. Yang adik perempuan skrg ni yg menuntut di Universiti Tanta Mesir tgh praktikal di hospital Tawau utk 3 minggu. Mksdnya skrg tinggal lg seminggu la. Sy ni kena ikut abah ibu masuk kampung, sbb abah kna menjalankan tugas sbg seorang guru. So ibu kna ikut jgk lah. Biasanya hr jumaat atau sabtu macam tu balik la ke rumah. Then hari ahad masuk kampung semula. Mcm tu la setiap minggu. Hehehe. Sepanjang cuti ni mcm2 soalan yg ditanya dkt sy. Ada yg tny, “dah habis study?”, “nak sambung mna pasni?”, “tak sambung master ke?”, “tak kerja ke?”, “ada calon dah ke?”, “bila nak kahwin?”. Ni la soalan common yg pasti akan ditanya. Yang tny belajar tu ok la blh jwb la. Yg bab kahwin tuuu xtau eden nak jawabnya. Hahaha. Mmg niat dihati ingin mendirikan rumah tangga di usia muda, tp kalu jodoh xsampai lg, cmne nak kahwin kannn? Hehehe so bersabar jelah. Mungkin blm tiba masanya lg. Sama jgk la tentang kerja or smbung pelajaran ke peringkat tinggi. Semua rezeki kita Allah yg tentukan. Jgn kita berprasangka buruk dgn org. Ada yg kata mcm ni, “eh ko tgk la dia tu, dah hbs study tp duduk rumah jerr”, “belajar course U bukan main hebat, tp kerja itu je? Xsesuai lgsg dgn apa yg dia belajar”, “lepasan degree tp gaji tu je dia dpt?”, “eh umur dah 30, xkahwin lg ke?”, “eh umur baru 20 dah gatal nak kahwin”. Ni la antara yg biasa kita dgr. Tanggapan negative dr org lain. Tp kita jgn pulak termakan dgn kata2 org ni. Bt tak dgr je apa org ckp. Nasihat yg baik kita ambik, yg tak elok, caci2 smua tu bt pekak telinga jelah yee. Don’t bother about others’ saying negative about you. Inside you is more important. Semua rezeki Allah yg bagi. Ada hikmah knp kita belajar course tu dkt U, ada, hikmah knp kita dpt gaji mcm tu, ada hikmah knp kita kahwin awal, semua tu pasti yg terbaik yg Allah beri. Kita sebagai manusia kena sentiasa bersyukur. Ada satu lagu yg beri semangat dkt sy. sy suka lirik lagu ni. Be What You Wanna Be by Darin Zanyar.

Doctor actor lawyer or a singer

Why not president be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be



Doctor actor lawyer or a singer
Why not president be a dreamer
You can be just the one you wanna be



I know that we all got one thing
That we all share together
We got that one nice dream we live for
You never know what life could bring
'Cause nothing lasts forever
Just hold on to the team you play for



I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me



We may have different ways to think
But it doesn't really matter
We all caught up in the steam of this life
Focus on every little thing
That's what does really matter
Luxury cars and bling that's not real life



I know you could reach the top
Make sure that you won't stop
Be the one that you wanna be
Now sing this with me



Last year I used to dream about this day

Now I'm here I'm singing for you
I hope I could inspire you
'Cause I've got all the love
'Cause I've got all love for you



Doctor actor lawyer or a singer
Why not president be a dreamer
You can be just the one you wanna be
Police man fire fighter or a post man
Why not something like your old man
You can be just the one you wanna be




Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO



Assalamualaikum pembaca2 dan follower semua...

I'm back!!! hehehe setelah sekian lama suda buka blog yg berhabuk ni, hari ni sy mau coret2 lagi. rindu betul dgn blog kesayangan ni. Hari ni blog sy berumur 3tahun 5bulan 5hari!!! 355. mcm cantik pla nombor ni, kehkehkeh. Sy ckp sabah la ahh? paham jgk tu kan? bkn susah pun bahasa sabah ni. klu suda tau mesti seronok dgr org ckp sabah. hehe. Sorry la sbb lama xupdate blog ni sbb masa awl thun hr tu busy dgn final year. naaa skrg ni hbs suda. duduk dirumah jual anggur, jagung n mcm2 lagilahhh. dan yg paling penting jadi full-time housewife dirumah. maklumlah bakal jd bini org kena rajin bab2 kerja rumah ni. kihkihkih..ermmm pa lagi ya sy mau cerita? byk bah sbnrnya ni. mcm2 cerita mau dicerita di sni, tp timing tengah hari cam gni nda sesuai plak menulis. yg paling best blogging ni time malam dlm jam 10 ke atas gtu. haha mcm2 tu merepek. hehe.

Ekceli, hati tak berapa nak bagus plak hr ni. mcm rosak mood sikit atas sbb tertentu. tp satu benda yg kita kena igt, klu kita dilanda masalah, sentiasalah ingat dgn Pencipta kita. Zikir banyak2. Tau ka, bila hati kita panas, Zikrullah tu ibarat ais yg blh menyejukkan hati kita. Lagi satu, air wudhu' pun blh meredakan hati yg panas, gelisah, geram semualah yg berkaitan dgn penyakit hati ni. hehe. 


ZIKIR itu ibarat AIS yg dpt menyejukkan Penyakit HATI yg mcm2
ZIKIR itu UBAT harian kita :)

# naa ok la..cukup la dlu. nnt lg sy cerita2 sini ahh. Suda masuk waktu Zohor, marilah kita menyambut panggilan dr Allah :)
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
“Janganlah jadi seperti lalat yang hanya nampak benda-benda busuk dan kotor sahaja, tapi jadilah seperti lebah yang selalu nampak benda-benda cantik dan wangi.” – Ustaz Kazim Elias
Lalat merayau-rayau mencari sesuatu untuk disantap, tidak kira apa yang terdedah di situlah lalat datang bertandang. Najis, makanan basi, mahupun ikan busuk semuanya lalat hinggap. Apa yang penting dapat makanan.
Lebah merayau-rayau di sebalik pepohonan mencari bunga-bunga segar yang kembang segar di waktu pagi.
“Cantik sungguh bunga matahari, bunga ros dan macam-macam bunga lagi yang dihinggapnya. Ah, mencari madu rupanya.”
Sudahlah hinggap di tempat yang cantik, dapat manisan pula. Indahnya kehidupan si lebah.
bees1
Pernahkah kita fikir kenapa Allah ciptakan kedua-dua makhluk ini?
Keduanya mempunyai ciri-ciri tersendiri yang boleh dianggap unik. Jika mata kita diumpamakan seperti mata lalat dan mata lebah, maka yang mana satu jadi pilihan sahabat sekalian?
Pastinya lebah, bukan?
Orang yang tidak baik dan berhati busuk, matanya samalah seperti mata lalat. Sentiasa mencari benda-benda yang buruk, negatif dan tidak sedap dipandang mata. Ada saja yang tak kena pada pandangannya.
Manakala orang yang baik dan optimis, pastinya umpama lebah. Sentiasa mencari kebaikan dalam hidupnya. Walaupun sesuatu perkara tidak baik yang jelas pada pandangan matanya namun pastinya ia akan tetap jadi baik dengan sifat khusnuzon yang ada padanya. Pendek kata semua perkara nampak baik dan indah.
Mari jadikan mata zahir dan mata hati kita seperti lebah yang melihat semua benda yang baik-baik sahaja. Semua akan nampak baik jika kita khusnuzon (bersangka baik). Setiap kejadian yang baik mahu pun buruk ada sebabnya yang tersendiri.
Salam Ramadhan mubarak. Semoga apa yang kita lalui pada Ramadhan kali ini adalah suatu yang lebih baik dan menjadi yang terbaik yang pernah kita lalui.
Yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk semestinya datang dari kekhilafan kita sendiri.

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Assalamualaikum kawan2...emmm agak lama jgk tak post something dkt blog ni..huhu..satu sbb xda idea nak tulis and kongsi apa..dua..busy sangat..esok my last paper exam..hehe..sempat lagi blogging kan? haha release tension sekejap dgn berceloteh dkt cni..blh kan??? sy tgk dkt post fb, twiter semua happy dah hbs exam lagi2 yg dah final year as a degree student kan...emmm sy blm hbs lg ok..esok last paper..25 hb Jun plak my presentation FYP...a little bit nervous (not a little actually..haha)..so perjuangan masih lg kena diteruskan..hehe..so sy nak kongsi sikit pasal macam mna nak jd seorang MUSLIM yg berjaya..lepas dah hbs belajar (oppsss proses belajar xpernah hbs ye kwn2..selagi kita masih hidup selagi tu byk benda yg kita xtau), so lepas ni masing2 akan bawa haluan sendiri..ada yg kerja, ada yg sambung master, PhD, ada yg kahwin jgk kannn..hehehe..ni artikel yg sy baca td dkt iluvislam...sy copy paste jelah ye...hehe..tak salah pun copy paste ilmu ni...kita kongsi sama2 kannn...jomm kita baca sikit...moga dpt manfaat bersama =)


Setiap kali mendapat nikmat
Jarang ku sedari itu pemberianMu
Terkadang rasa itu kerana
Segala usaha dan penat lelah ku sahaja

“Yes! Dapat keputusan cemerlang..berbaloi pun usaha aku selama ni.”
Bagi seorang yang tidak jelas niat dan fikrahnya dalam menuntut ilmu, mungkin inilah yang akan terpacul keluar daripada mulutnya apabila mencapai nikmat kejayaan. Merasakan bahawa kejayaannya itu datang daripada penat lelahnya sendiri. Seperti bait-bait yang tersusun di awalnya.
Jarang sekali kita bersyukur…

Bagi seorang Muslim yang jelas niat dan matlamat dalam menuntut ilmu, apabila kejayaan dicapai, maka mereka akan meletakkan kembali kejayaan itu ‘datang dari Allah SWT’. Dan rasa bangga, takbur, sombong dan riak itu akan cuba dilempar ‘berbatu-batu’ jauhnya daripada diri mereka.
Tak ku lupa kepada Allah
Tempat kembali segala masalah
Perlu diketahui bahawa segala apa yang kita kecapi ini merupakan milik Allah SWT. Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Munafiqun ayat 8;
” … Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi Rasulnya serta bagi orang-orang yang beriman , akan tetapi orang-orang munafiq itu tidak tahu mengetahui (hakikat yang sebenar)”
Bila dipuji kejayaan kita
Sebenarnya bukan milik kita
Oleh itu sedarlah sentiasa
Semua itu dari Allah SWT
Hati gembira terasa bahagia
Itulah tanda nikmat dariNya
Ingat Allah SWT bersyukurlah padaNya
Wajiblah kita lafazkan Alhamdulillah
Dan dalam realiti kita mengejar kejayaan dunia dan akhirat ini, kita bukan hanya setakat perlu berusaha. Tetapi kita juga perlu ‘meminta’. Apa yang dimaksudkan dengan meminta di sini. Ya! Maksudnya adalah memohon doa kepada Allah SWT. Hal ini kerana Allah SWT sentiasa menerima doa kita dan sentiasa berada hampir dengan hamba-ham baNya yang meminta kepadaNya.

Apabila jalan dirasa gelap, ketahuilah sinar cahaya masih jauh perlu dikejar…
Allah SWT itu tidak jauh daripada setiap hambaNya. Yang menjadikan Allah itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.
Sentiasalah bangun, berdoa dan memohon kepadaNya kerana Allah SWT itu suka kepada hamba-hamba yang meminta kepadaNya.
Dan yang paling penting, kejayaan kita itu hakikatnya biarlah menyumbang kepada Islam itu sendiri. Jadikanlah diri kita sebagai hamba-hamba yang bersyukur.

#moga kita berjaya menjadi Muslim yg sebenar-benarnya disisi Allah SWT..okey laa got to go now...study for the last paper..doakan saya ye kawan2 semua...all the best...sentiasalah bersyukur atas nikmat yg Allah bg dkt kita...nnt sy post lg apa2 yg menarik..hehe Assalamualaikum =)

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Bismillah
Alhamdulillah.. syukur pada ALLAH atas segala kurnia dan kasih sayangNYA dapat jugak sy update blog walaupun busy sejak kebelakangan ini. Demi sahabat dan followers yang di kasihi yang dahagakan ilmu.. sy jadi semangat untuk berkongsi sesuatu malam ni..

Sy nak berkongsi dengan semua mengenai mutiara kata Ibnu Taimiyah

Sungguh ada benar kata -kata dari Ibnu Taimiyah ini..

"Hubungan antara kita dengan Allah adalah umpama seperti seekor burung, di mana takut merupakan sebelah sayap burung itu (kiri), dan sebelah lagi sayapnya adalah harap.(kanan) Takut akan nerakaNYA.. dan berharap akan syurgaNYA..

Dengan perasaan takut dan ngeri itulah kita menjauhi segala laranganNYA . lantaran neraka itu amatla pedih azabnya..Kita pasti sedaya upaya menjauhi apa jua bentuk yang menjerumus ke arah sayap kiri... 


Burung comel.. ^_^

 Begitu juga dengan sayap kanan.. Kita berharap agar ALLAH menempatkan kia di JANNAH yang teratas.. tapi mana mungkin.. jika kita tidak berbuat apa-apa.. untuk memiliki JANNAH itu.. Sudah pasti bekalan amalan kita..Amalan hari akhirat.. maka itu dgn harapan kita terus bangkit dan tidak putus asa dlm beribadah pada ALLAH. 

Kerana CINTA kita adalah umpama badan pada seekor  burung.. jika badan itu ada cinta pada ALLAH.. kedua-dua sayap itu pasti berguna..^^. tanpa salah satu pasti tak membawa tubuh sang burung.. 
Di kanan takutkan neraka.. di kiri mengharap Syurga...

Itula perumpamaan Ibnu Taimiyah.
Pada mata zahir , kita melihat burung tu sekadar seekor haiwan ciptaan ALLAH. .. bebas terbang kiri dan kanan.. rendah dan tinggi..
Tapi bila melihat dan mata hati...Ianya cukup bererti.. yang boleh memberi inspirasi . MENUJU SYURGA ^^
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu

ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan




Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Assalamualaikum semua pembaca blog saya..senyummmmm dulu yaa...

Selagi kita tak boleh ikhlas dgn diri sendiri selagi tu kita tak akan dpt ikhlas dgn orang lain..tahu knp? sbb dia xdpt jd diri sendiri...apa jua yg kita lakukan bknnya nakkan perhatian org lain, tp kerana Allah..tp klu terlalu ikutkan perasaan sgt samalah seperti tak jd diri sendiri...aku bersyukur jgk yg Allah masih sayangkan aku sbb dia bg aku peluang utk aku sedar akan kesilapan yg pernah aku lakukan...Terima kasih Ya Allah!!! setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya...apa jua yg dirancang oleh Allah, itulah yg terbaik..InsyaAllah...hati mmg kecewa sgt tp aku yakin ini ujian dr Allah utk aku..aku kena terimanya dgn sabar..

#maaflah klu apa yg aku post ni mcm ntah apa2...sekadar meluahkan...tp kena ingat bkn kena luah dkt sini yg paling penting...luah dkt Allah yg paling penting..Dia rindukan hambanya...ingat tu! =)

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO



Dalam berkawan takde istilah memilih. Kamu sayang aku apa, aku sayang kamu apa. Tidak ada istilah itu. Kawan adalah kawan yang berhak atas kebaikan kita. Beri yang terbaik, maka kita akan dapat yang terbaik daripadanya. Apa lagi untuk urusan jatuh cinta. Bijak dalam memilih orang yang harus kita cintai bukan bererti perlu banyak untuk memilih atau mempertimbangkan aspek harta benda, miskin kaya, pangkat atau melarat dan lain sebagainya,
Bukan seperti itu yang dimaksudkan. Yang dimaksudkan adalah kita perlu bijak memilih dalam membezakan apakah cinta yang kita semai dalam kategori halal atau haram?
Hidup adalah pilihan. Maka pandai – pandailah memilih. Memilih cinta untuk ditekuni, memilih hati untuk direngkuh dan memilih kebersamaan yang melahirkan kesempatan berbagai. Bila memang cinta itu dilarang bagi kita, maka lebih baik tinggalkan dan pilih yang benar. Meskipun ia pernah ada, tetapi ia tidak selalu harus bersama kita.
Sekarang memang bukan zaman Siti Nurbaya. Sekarang zaman muslimah moden yang faham bagaimana menjadi seseorang yang bijak dalam menyingkap segala irama hidup. Jangan mudah dibuai oleh rayuan maut lelaki yang suka menipu. Bijaklah dalam mengelolakan cinta, letakkan cinta pada tempatnya.
Bagaimanakah jodoh terbaik? 
Mencintai lelaki sehebat apa pun dia, mencintai perempuan secantik apa pun dia, harus tetap terkawal. Jangan sampai menggelapkan mata hati. Harus bijak, matang dan dewasa. Ketika dilimpahi hadiah, maka jangan berfikir itu sebagai sebuah barang percuma kerana tiada yang percuma di dunia ini, dan kepentingan peribadi yang diselitkan di celah kad dan hadiah yang kita terima.
kalau kita tidak sensitif dan menganggap itu sebagai sesuatu yang biasa, maka berhati-hatilah kerana boleh jadi itu adalah tanda awal masuknya hati ke dalam perangkap.
.
Memilih untuk Menerima
Terimalah orang yang memang sudah dipilihkan Allah untuk kita, Terima apa yang menjadi kekurangannya, sebagaimana kita menerima setiap kelebihannya.
Nikmatilah setiap proses mengenal peribadi, mengukuhkan setiap persamaan dan mencari titik temu dalam setiap perbezaan. Manusia bukan batu keras dan susah berubah. Manusia boleh berubah sesuai dengan proses yang membentuknya untuk berubah.Berilah kesempatan bagi orang yang kita terima untuk menyesuaikan diri. Jangan cepat bosan atau cepat menilai bahawa proses itu gagal. Tetapi cubalah berfikir tenang bahawa proses ini memerlukan kesabaran.
Memilih Untuk Menolak 
Kuasa memilih memang ditangan pihak lelaki. Tetapi kuasa menolak adalah berada ditangan perempuan, Maka tolaklah dengan sopan, tidak kasar, dan lembut. Berilah alasan yang tidak mengusutkan tetapi mudah diterima oleh akal sihat. Sikap tegas adalah berbeza dengan dengan sikap kasar. Tegas tidak harus kasar.
Jika tidak, kita akan dianggap main-main dan tentunya lebih parah. Tetapi apabila kita menolak dengan tegas, si dia akan segera sedar bahawa dia tidak perlu lagi untuk terhegeh – hegeh.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Memilih perahu untuk berlayar itu sangat penting. Kalau tersalah pilih, boleh sahaja bocor di tengah lautan. Sedangkan lautan itu luas, pasti tidak cukup hanya berenang dan mendayung beberapa meter kemudian berhenti. Pasti memerlukan banyak tenaga untuk sampai ke pulau. Maka mendayung perahu, mengemudikannya sedemikian rupa memerlukan kepakaran agar tidak tersesat atau tersalah memilih pulau yang dituju atau tenggelam karam di tengah lautan.
Begitulah ibaratnya dalam memilih cinta. Jangan sampai tersalah orang dalam memilih cinta. Mencintai orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak mencintai orang sama sekali.
Kerana seumur hidup waktu kita terbuang bersama orang yang salah. Orang yang tidak akan dapat bersama kita  dalam mencipta bahagia.
 Bagi kita, formula untuk bahagia itu adalah X manakala bagi lelaki pula sebaliknya beranggapan bahagia adalah dengan Y. Kita ke timur dan dia ke barat. Kita ingin ke lautan sedangkan dia ingin ke daratan.
Apakah cinta yang sedang menghampiri itu sebuah cinta yang dapat diterima akal? Saat dia datang, melemparkan senyuman hanya sedikit tetapi rasanya sangat dalam. Apakah itu dapat diterima akal? Seseorang jatuh cinta pada sebuah senyuman, kemudian ketika ia berdegup kencang, ada labuhan cinta di dada, apakah itu juga boleh diterima?

Memilih

Banyak wanita Muslimah hanya menggeleng kepala apabila ditanya tentang itu. Apakah logik mereka menggelengkan kepala tetapi lisan mereka berkata, “Aku tidak tahu mengapa aku begini. Tetapi aku sangat menyukainya.”
Inilah sebuah kebingungan hati.
Kematangan kita diuji. Mampukah kita untuk tetap rasional disaat dibuai oleh dahsyatnya pesona? Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut? Tidak ramai diantara kita dapat menjawab dengan pasti. Biasanya akan berkata, “Saya tidak tahu, kita lihat sahaja nanti.”
Dimanakah kecerdasan dan kematangan itu ketika seorang mahasiswi yang masih muda sedang jatuh cinta kepada pensyarahnya? Di manakah pula kecerdasan saat seorang ibu anak dua jatuh cinta kepada suami orang? Ke manakah kecerdasan dan kematangan kita disaat cinta  menghanyutkan kesedaran kita? Otak yang cerdas mendadak jatuh ke kepala lutut dikala cinta menguasainya!


     “Bagaimanapun dia, saya tetap mencintainya.”
Begitulah, apa pun dia, tetap sahaja sangat berharga bagi pencintanya.
BERSAMBUNG…


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO