Members on Board



Assalamualaikum....

tadaaaaaaaaa!!!!! ^_____^

Steam Boat In The House~~


hehe..time study mcm2 la benda nak di buat..hari ni dgn housemate2 sekalian masak steam boat..just a simple steam boat..hostel style la katakan...hehe..anyway mmg sedappppp..nyummmy!!! ^_^


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Luqman Hakim adalah seorang genius yang disebut dalam al-Quran. Kisah beliau diabadikan dalam sebuah surah bernama Luqman, yang mengandungi 34 ayat.
Tuhan memaklumkan dalam ayat 12 surah Luqman,
"Sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya) "Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)."
Apakah itu hikmah? Hikmah sering dikaitkan dengan sifat arif dan bijaksana. Ia dimiliki oleh orang berilmu, namun tidak semua orang berilmu memilikinya.
Menurut penulis Ruh al-Bayan, hikmah adalah ketepatan dalam memilih yang benar dengan lisan, ketepatan dalam berfikir dengan bantuan anggota badan dan ketepatan bergerak dengan anggota badan. Sekiranya berbicara, Luqman berbicara dengan hikmah. Sekiranya berfikir, beliau berfikir dengan hikmah dan sekiranya bergerak, beliau bergerak dengan hikmah juga.
Ramai orang bertanya kepadanya, "Daripada siapa tuan mempelajari hikmah?" Jawab Luqman,"Saya mempelajari hikmah daripada orang-orang bodoh, dan orang-orang bodoh. Saya melihat ada cacat pada diri mereka lalu saya berusaha menjauhinya."
Thomas Edison adalah seorang inventor yang berjaya mencipta mentol lampu pada tahun 1879. Sebelum itu 9999 cubaannya tidak berjaya. Namun kata beliau,"Saya tidak gagal. Saya berjaya menemui 9999 cara yang tidak menghasilkan mentol lampu." Dalam cubaannya yang ke-10,000 barulah mentol lampu beliau menyala.

Kata bijak pandai, kehebatan seorang pemikir terletak pada kemampuannya meneka dengan tepat hasil sesuatu tindakan. Itu adalah salah satu ciri hikmah. Sebab itulah pemikir yang hebat secara tepat sentiasa berjaya menghasilkan sesuatu. Bagaimanakah cara kita dapat meneka secara tepat apa yang akan berlaku? Salah satu caranya ialah melihat apa yang sudah berjaya dan apa yang tidak.
Namun dalam kes Thomas Edison, didapati ada lebih banyak cara yang tidak betul berbanding cara yang betul, dengan nisbah 9999:1.
Dalam hidup, boleh jadi yang lebih penting ialah berusaha meninggalkan apa-apa yang tidak betul, bukannya lebih mencuba apa-apa yang kita sangka betul.
Luqman Hakim menjadi bijak dengan melihat kebodohan pada orang lain dan kemudian berusaha tidak melakukannya. Beliau sudah melihat sesuatu yang bodoh, lalu berusaha supaya dirinya tidak mengulang kebodohan itu.
Dalam kes Thomas Edison, beliau juga tidak mengulang kesilapan. Namun 9999 kesilapan itu terpaksa dilaluinya sendiri terlebih dahulu. Boleh jadi sebelum itu, tiada sesiapa pernah cuba mencipta mentol lampu. Jadi Thomas Edison tidak dapat belajar daripada kesilapan orang itu. (Boleh jadi juga sebelum itu kitab cara-cara mencipta mentol lampu sudah ada, namun telah dibakar oleh orang-orang Mongol).
Apapun, Thomas Edison terpaksa menghabiskan masanya bagi melalui 9999 kesilapan sambil berusaha tidak mengulang 9999 kesilapannya sendiri itu. Sehinggalah pada suatu hari beliau berjaya menemui satu cara yang betul. Nasib baik usianya panjang. Beliau berjaya menyudahkan 10,000 eksperimen.
Nasib kita mungkin tidak sebaik Thomas. Boleh jadi tempoh usia kita tidak panjang. Maut sentiasa mengikut kita di belakang. Setiap hari ia semakin dekat. Masa kita semakin kurang, jadi kita perlu bijak memanfaatkan apa yang sedikit.
Meneladani Luqman Hakim, genius yang disebut dalam al-Quran, lebih baik kita belajar daripada orang, dengan tidak mengulanginya kebodohan mereka. Jangan juga kita jadi seperti Thomas Edison yang terpaksa belajar daripada kesilapannya sendiri.
Pada pendapat saya, boleh jadi itu antara kebaikannya alim ulamak menasihatkan kita supaya berguru dengan orang. Tidak cukup hanya berguru dengan buku.
Manusia itu sentiasa belajar. Guru yang terbaik sudah tentulah orang yang bijaksana dan berhikmah. Kerana mereka sentiasa belajar daripada kesilapan orang dan kesilapan mereka sendiri.



Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Assalamualaikum....

lama jgk tak update blog yg sy syg ni...di awal semester 5 dah update...ni penghujung sem bru nak update balik...hehehe..xda masa pulak nak update...blh dikira dgn jari kot brapa kali buka blog ni..rasanya bru 3 kali sepanjang semester ni..hahaha...xkisahlah.....so busy busy and busy with assignments and final year project..

So, now its almost at the end of the year 2012...therefore???? Final exams is on the New Year 2013..hahaha...New Year with Exams!!!! its feeling like wohooooo...time flies quickly like a spiderman..hahaha...skrg ni dah pun minggu ulangkaji...emmm I need to struggle harder to achieves my target for this semester...




I wish all my friends all the best for the upcoming final exams!!! trust yourself that you can do it better from the last semester...Take care everyone..have a nice study week..Good luck!!! Assalamualaikum :)
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO



Bismillahirrahmanirrahim...segala puji bagiMu Ya Allah,alhamdulillah masih diberi kesempatan dan kesihatan untuk berkongsi ^_^

Ada orang tanya,kalau orang buat jahat dengan kita,apa yang perlu kita buat?hee..ikut hati memang belasah balik je.Tapi itu gaya orang yang tak bertamadun dan gaya orang yang tak ada agama.Orang yang bertamadun dan beragama tak begitu cara tindakannya.

Seorang lelaki bertanya, "Wahai Rasulullah sesungguhnya aku mempunyai beberapa orang kerabat,yang hubungan aku rapat dengan mereka tetapi mereka memutuskannya.Aku berbuat baik kepada mereka tetapi mereka berperangai buruk kepadaku,aku bersabar menghadapi sikap mereka itu tetapi mereka menganggap sikapku itu adalah bodoh." Kemudian baginda menjawab, "Sekiranya benar seperti mana yang engkau katakan itu maka seolah2 engkau menyuap mereka dengan abu yang panas,sedangkan engkau sentiasa mendapat pertolongan daripada Allah s.w.t selama mana engkau berada didalam kebenaran atas perkara yang demikian itu." -Hadis Muslim-

Nampak tu?Nabi tak suruh balas balik,tapi teruskan berbuat baik sebab dengan berbuat begitu kita akan sentiasa mendapat pertolongan Allah.Eh,tak nampak pun.Memanglah kadang2 kita tak tahu yang kita dapat bantuan tu sebab kita berbuat baik kepaa orang yang jahat kepada kita.Kifarah tu,tapi kita tak perasan.Contohnya,motor kita pancit.Tiba2 ada apek berhenti. "haiya,achai.taya u mancit ka?" Tiba2 je dia bersusah payah tolong kita.Padahal tak ada kena mengena pun.Apek lag..hehehe...

Itu mungkin bantuan Allah yang Allah turunkan untuk kita hasil daripada berbuat baik terus pada orang yang jahat pada kita,mana kita tahu kan?hee..Jadi,teruskan berbuat baik.Kalau ada orang kutuk kita,katalah TERIMA KASIH sebab bagi aku pahala FREE dan katalah nak lagi...nak lagi..hik3.. :p

Rasulullah s.a.w bersabda "Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata,'Saya dengan orang,jika mereka berbuat baik,nescaya saya berbuat baik.Dan jika mereka berbuat jahat,nescaya saya berbuat jahat.'Tetapi biasakan diri kamu,jika orang berbuat baik maka berbuat baiklah dan jika mereka berbuat jahat,elakkanlah kejahatan mereka." -Hadis Tirmidzi-

Dalam hidup ni kita memang akan jumpa orang yang jahat dengan kita,padahal kita kenal dia pun tak,berkawan pun tak apa lagi nak bermusuh.Tiba2 dia lancarkan perang keatas kita.Kalau betul2 perang tak apalah,ini dia hantar peluru berpandu guna alam siber.Dalam laman sosial habis dikutuk2nya kita.Macamlah kita ni tak ada emak,ayah,adik beradik,macamlah kita ni tak pernah buat baik,macamlah kita ni jahat sangat..(kisah benar saya kaji dalam laman sesawang ni)hee...

Orang yang begini sebenarnya sakit.Kesian.Usah buang masa anda melayan orang yang macam ni.Cuma tumpukan perhatian anda pada apa yang anda buat,anda akan berjaya.Kalau anda layan,anda akan hilang fokus,hujungnya tak membawa apa2.

Tengoklah orang yang rajin kutuk kita tu apa yang dia ada? Kadang2 mereka saja cari kesalahan anda yang kecil untuk dibesar2kan supaya orang yang sempat nak tengok kesalahan dia pula.Itulah manusia.Jangan terkejut kalau orang yang berbuat begitu pada anda adalah orang yang anda hormati,kadang2 orang yang berlagak baik ni lagi jahat daripada penjahat.Tapi,tak semua begitu ya..sesetengah sahaja. :p

Moral of the story,eh.speaking pulak..hehe,kesimpulannya ikutlah saranan Nabi s.a.w tadi.Apa dia?Biasakan diri kamu,jika orang berbuat baik maka berbuat baiklah dan jika mereka berbuat jahat maka elakkanlah kejahatan mereka..selamat beramal semua,assalamualaikum ^___^

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Assalamualaikum...

wahh dah lama tak update my lovely blog yg comel nih kan...(perasan pulak..hahaha)

NOW I'M OFFICIALLY A FINAL YEAR STUDENT!!!


hehehe...tak sangka kan..pejam celik pejam celik...dah masuk thn ketiga di UNIMAS...cepat masa berlalu..maaflah bru ada kesempatan nak update..yelah busy dgn final year project lg..now my proposal in progress..bkn senang nak bt research project ni..byk dugaan..tp yang penting kena hadapi dgn tenang dan sentiasa senyum apa pun jua halangan yg dtg..

#okey..got to go now...menyempat blogging jap...xblh nak merepek panjang2..hehe..kena edit balik my proposal..hehe..pray 4 my success ya..take care, Assalamualaikum :)
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO








♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, 

ia akan menghapus air mata nya dengan imannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hari-hari nya akan ia penuhi dengan semangat perubahan lebih baik pada dirinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia menari dalam do’a permohonan ampunnya terhadap Tuhannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
wajah kusutnya tetap terlihat indah bagi dunia

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
bibir merahnya menyimpulkan senyuman untuk hidupnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
matanya basah oleh lembutnya hatinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
dunia nya terasa akan berlanjut dan ia harus tegar

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jiwa lembutnya sampaikan ketenangan pada hati kecilnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
akal dan hatinya hadir untuk menanti kesadarannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tangannya ia pergunakan seperti kebiasaannya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
tak akan ada perubahan dalam dirinya oleh hal-hal yang tidak berguna

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
ia gunakan kesadarannya tuk menjaga perasaan orang sekitarnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
air matanya dijadikan do’a untuk keselamatan orang yang melukainya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jari-jemarinya bergerak untuk tetap menolong orang lain tanpa beban di hatinya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
hidupnya tetap menjadi kebahagiaan bagi orang sekitarnya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
jalan panjang didepan matanya tetap diharunginya

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka,
kepercayaan dirinya tetap tak akan luluh

♥ Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya
♥♥ TETAP MENJADI MUSLIMAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA SOLEHAH…
♥♥ TETAP MENJADI WANITA YANG TERHORMAT…
♥♥ TETAP MENJADI HAMBA ALLAH YANG MAHA AGUNG…

" Yaa Rabbi sudilah pandang daku ,Terangi jalan gelap ini, Jangan biarkan daku terus sendiri, Mencari mendaki jalan berduri… "

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Assalamualaikum semua....


One month Challenge completed...another one month challenge..hehehe :)

Pejam celik, pejam celik dah sebulan dah praktikal di negeri orang..hehe, tak sabarnye nak habiskan praktikal ni...tak sabar nak balik Sabah, nak balik rumah...seriously sangatttt rindukan abah ibu...huhu..bila ada sorang supervisor tny, mesti rindu mak bah kan??? tetiba air mata mengalir...tak tau nak ckp apa..mmg rindu sgt...Alhamdulillah dah sebulan complete praktikal....tinggal lagi sebulan...hari ni pun dah hari ke-4 umat Islam berpuasa...Alhamdulilah...seronok mmg seronok tp lg seronok berbuka puasa bersama keluarga tercinta...tp semua ni sy kena hadapi demi sebuah ilmu...berjauhan dgn keluarga adalah stu perkara yg perlu dibiasakan dlm diri...

#apapun Selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia..moga amal ibadat kita sentiasa bertambah dari hari ke hari...perbanyakkan amal ibadat dr bt perkara yg sia-sia...perbanyakkan juga baca Al-Quran ye kawan2~~ Assalamualaikum :)
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Assalamulaikum..


Selamat menyambut bulan Ramadhan yg mulia kawan2!!! moga Ramadhan kali ini lebih baik dr sebelumnya..InsyaAllah :) 

Jom dating dgn Ramadhan!!! 

Perbualan telefon dgn abah & ibu...

Abah: org Kluang ada yg cantik2 kah??
sy: emmm ada kali..knp?? 
Abah: kakak tolong carikan satu lagi utk abah...hahaha(ketawa bergurau)
sy: hahaha...btl bah abah ni??? nnt ibu jelessss...kan ibu??
Ibu: nda tau la abah tu...kihkihkih
Abah: naaa merah suda muka ibu tu..hahaha

#suka jak abah sakat ibu mcm tu...hehehe..tp seronok bila dgr dorg gurau2 mcm tu..rasa bahagia..rasa rindu terubat jgk :') Selamat menyambut Ramadhan Abah, Ibu, Hafiz..KAKAK SAYANG SEMUA ♥

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

CERITA TENTANG JULAI..................

*dah bulan Sya'ban...lebih kurg 19 hari lg nak puasa dahhhhh...tak sabo nak sambut bulan Ramadhan ^_^

*perbanyakkan amalan bulan ni...sbg persediaan menyambut bulan Ramadhan....


* malam ni bola...FINAL Euro.. Spain vs Italy...sapa menang ek?? Spain kot..hehe :)

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO
Assalamualaikum....


Hari ni hari pertama sy sbg pelatih di Stesen MARDI Kluang...Alhamdulillah...semuanya berjalan dgn lancar....penat jgk hari ni...ingat hr pertama ni tak masuk ladang, mungkin a little bit briefing..so sy ngan Izah pun pki lah baju kurung yg cantik...smpi sana..dorg bw plak pg ladang...haha, tak sesuai langsung...hehe..pastu ktorg kutip durian yg jatuh...bykkkkkk~~gred D24 pulak tu..durian yg paling mahal tu..byk jgk ktorg dpt, then bw balik rumah...byk jgk ktorg bw balik...dlm 10-15 biji cmtu...hehe...kat sana ada ladang durian, kelapa, ciku, belimbing, betik...n macam2 lagi la....klu tak silap, pegawai tu kata MARDI Kluang ni adalah ladang yg kedua terbesar di Malaysia...mmg besar jgk bila tgk td...hehhe..then ptg tu ktorg sembang2 dgn supervisor ktorg...sporting gilerrr..hahaha...best!!!

ni tgh kutip durian tadi....heheh

#okeylah....malas nak cerita bebanyak...nak tdo dulu..esok keja lagi..hehe, Assalamualaikum & take care :)
Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO