Members on Board

Assalamualaikum...


rehat kejap dr bt assignment...wahhhh byk sgttttttt keja...dah nak dkt exam, time ni la assignment melambak..huhuhu..apa blh buat...ini semua dugaan dan cabaran sbg student..kita tak kan dpt lari dari kerja2 ni selagi kita bergelar pelajar...

Kita perlu meletakkan keyakinan bahawa ujian seperti tekanan kerja sebegini adalah bertujuan untuk memantapkan nilai-nilai keimanan, ketaqwaan, kesyukuran dan rasa cinta kita kepada-Nya.

Islam telah menetapkan bahawa seseorang yang menghadapi tekanan dan kesusahan perlulah bersabar, tenang, sentiasa rasional dan yakin dengan ketentuan Allah SWT.

Allah SWT telah memberikan panduan terbaik dalam menangani tekanan sebegini melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 155-156, maksudnya: "Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

#don't stress2 ok..smile always..sentiasa ingat Allah kan ada ^^

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 Ekor Rama-Rama Berbicara: