Members on Board

Allah s.w.t. berkuasa mengadakan yg tidak ada. Baik dgn bersebab mahupun tanpa sebab. Dr. 'Ala Hilat berkata, "Kamu yg memahami kudrat Allah s.w.t. yg hebat ini, perlu melihat pada diri kamu. Adakah sekarang kamu wujud ataupun tiada?"

Dr 'Ala Hilat bertanya, " Apakah sebab kewujudan kamu?" Semua diam.

Kemudia, Dr 'Ala Hilat menyambung lagi, "Sebenarnya saya tidak mahu bercakap berkenaan seks, tetapi saya mahu kamu perhatikan bahawa kamu terjadi disebabkan persenyawaan antara sperma ayah kamu dan ovum ibu kamu. Betul?"

Semua mengangguk.

"Ada berapa banyak sperma selain kamu?"

"Banyak. Berjuta"

"Tetapi  dalam jutaan sperma itu, kamu yang Allah pilih untuk diwujudkan."

Perhatikan. Perhatikan wahai pembaca kata-kata dalam jutaan sperma itu. Kita yang terpilih. Kita.

"Jadi, apakah yang terjadi pada sperma-sperma lain selain kamu?" Dr 'Ala Hilat bertanya lagi. Semua diam.

"Sperma-sperma itu tiada." Dr 'Ala Hilat menutup kuliahnya.

Hati saya berasa kembang. Dalam jutaan sperma, saya adalah satu-satunya yang terpilih untuk diwujudkan. Saya baru terlepas daripada tiada, kemudian diwujudkan di atas dunia ini. Saya diberikan peluang berikhtiar, diberikan kesempatan berasa bahagia, sedih, suda duka, senang susah, dan 1001 lagi nikmat kehidupan.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO