Members on Board

Bagaimana ujian??

Firman Allah yang bermaksud "Tiap-tiap yang hidup akan merasakan kematian.Kami menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan hanya kepada Kami kamu dikembalikan"(Al-Anbiya')

Banyak ayat Al-Quran yang menerangkan kita betapa ujian ini suatu yang tidak boleh lari daripada diri setiap muslim. Mana mungkin kita hanya mengaku beriman sedangkan kita tidak diuji???

Terdapat 4 jenis ujian yang dilalui oleh diri muslim:

1)Ujian dalam mentaati perintah Allah
-Ujian sebegini harus kita ambil cakna dan serius,kerana ujian inilah yang sering dilupakan oleh kita. Kadang kala terdetik dihati sanubari berkenaan dengan amal yang telah kita kerjakan. Andai kata kita riak,kita telah terjerat dengan tipu daya syaitan.

2)Ujian menjauhi larangan Allah
-Ujian ini biasa terjadi dalam kalangan manusia sejagat. Bukan mudah untuk melakukan perkara kebaikan dalam suasana dunia yang penuh dengan lakonan dan pancaroba. Dalam kita melakukan perkara kebaikan,pasti ada perkara keburukan yang singgah untuk memecahkan dinding iman kita. Berhati-hatilah

3) Ujian melalui kebaikan(nikmat)
-Contoh yang selalu kita dengar adalah membabitkan firaun dan qarun. Bagaimana mereka diuji dengan kemewahan dunia sehingga menyekutukan Allah. Sekali Allah menurunkan bala kepadanya,habis hancur segala apa yang telah dibanggakannaya.

4) Ujian melalui keburukan(musibah)
-Firman Allah "dan sungguh Kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan.dan berikanlah berita gembira kepada mereka yang sabar".
kita sering menyalahkan Allah tiap kali kita ditimpa musibah.Tapi adakah kita tahu bahawa seandainya kita sabar, musibah ini dapat mengkafarahkan dosa yang telah kita lakukan selama ini.





Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

0 Ekor Rama-Rama Berbicara: