Members on Board

Assalamualaikum semua pembaca blog saya..senyummmmm dulu yaa...

Selagi kita tak boleh ikhlas dgn diri sendiri selagi tu kita tak akan dpt ikhlas dgn orang lain..tahu knp? sbb dia xdpt jd diri sendiri...apa jua yg kita lakukan bknnya nakkan perhatian org lain, tp kerana Allah..tp klu terlalu ikutkan perasaan sgt samalah seperti tak jd diri sendiri...aku bersyukur jgk yg Allah masih sayangkan aku sbb dia bg aku peluang utk aku sedar akan kesilapan yg pernah aku lakukan...Terima kasih Ya Allah!!! setiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya...apa jua yg dirancang oleh Allah, itulah yg terbaik..InsyaAllah...hati mmg kecewa sgt tp aku yakin ini ujian dr Allah utk aku..aku kena terimanya dgn sabar..

#maaflah klu apa yg aku post ni mcm ntah apa2...sekadar meluahkan...tp kena ingat bkn kena luah dkt sini yg paling penting...luah dkt Allah yg paling penting..Dia rindukan hambanya...ingat tu! =)

Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO



Dalam berkawan takde istilah memilih. Kamu sayang aku apa, aku sayang kamu apa. Tidak ada istilah itu. Kawan adalah kawan yang berhak atas kebaikan kita. Beri yang terbaik, maka kita akan dapat yang terbaik daripadanya. Apa lagi untuk urusan jatuh cinta. Bijak dalam memilih orang yang harus kita cintai bukan bererti perlu banyak untuk memilih atau mempertimbangkan aspek harta benda, miskin kaya, pangkat atau melarat dan lain sebagainya,
Bukan seperti itu yang dimaksudkan. Yang dimaksudkan adalah kita perlu bijak memilih dalam membezakan apakah cinta yang kita semai dalam kategori halal atau haram?
Hidup adalah pilihan. Maka pandai – pandailah memilih. Memilih cinta untuk ditekuni, memilih hati untuk direngkuh dan memilih kebersamaan yang melahirkan kesempatan berbagai. Bila memang cinta itu dilarang bagi kita, maka lebih baik tinggalkan dan pilih yang benar. Meskipun ia pernah ada, tetapi ia tidak selalu harus bersama kita.
Sekarang memang bukan zaman Siti Nurbaya. Sekarang zaman muslimah moden yang faham bagaimana menjadi seseorang yang bijak dalam menyingkap segala irama hidup. Jangan mudah dibuai oleh rayuan maut lelaki yang suka menipu. Bijaklah dalam mengelolakan cinta, letakkan cinta pada tempatnya.
Bagaimanakah jodoh terbaik? 
Mencintai lelaki sehebat apa pun dia, mencintai perempuan secantik apa pun dia, harus tetap terkawal. Jangan sampai menggelapkan mata hati. Harus bijak, matang dan dewasa. Ketika dilimpahi hadiah, maka jangan berfikir itu sebagai sebuah barang percuma kerana tiada yang percuma di dunia ini, dan kepentingan peribadi yang diselitkan di celah kad dan hadiah yang kita terima.
kalau kita tidak sensitif dan menganggap itu sebagai sesuatu yang biasa, maka berhati-hatilah kerana boleh jadi itu adalah tanda awal masuknya hati ke dalam perangkap.
.
Memilih untuk Menerima
Terimalah orang yang memang sudah dipilihkan Allah untuk kita, Terima apa yang menjadi kekurangannya, sebagaimana kita menerima setiap kelebihannya.
Nikmatilah setiap proses mengenal peribadi, mengukuhkan setiap persamaan dan mencari titik temu dalam setiap perbezaan. Manusia bukan batu keras dan susah berubah. Manusia boleh berubah sesuai dengan proses yang membentuknya untuk berubah.Berilah kesempatan bagi orang yang kita terima untuk menyesuaikan diri. Jangan cepat bosan atau cepat menilai bahawa proses itu gagal. Tetapi cubalah berfikir tenang bahawa proses ini memerlukan kesabaran.
Memilih Untuk Menolak 
Kuasa memilih memang ditangan pihak lelaki. Tetapi kuasa menolak adalah berada ditangan perempuan, Maka tolaklah dengan sopan, tidak kasar, dan lembut. Berilah alasan yang tidak mengusutkan tetapi mudah diterima oleh akal sihat. Sikap tegas adalah berbeza dengan dengan sikap kasar. Tegas tidak harus kasar.
Jika tidak, kita akan dianggap main-main dan tentunya lebih parah. Tetapi apabila kita menolak dengan tegas, si dia akan segera sedar bahawa dia tidak perlu lagi untuk terhegeh – hegeh.


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO

Memilih perahu untuk berlayar itu sangat penting. Kalau tersalah pilih, boleh sahaja bocor di tengah lautan. Sedangkan lautan itu luas, pasti tidak cukup hanya berenang dan mendayung beberapa meter kemudian berhenti. Pasti memerlukan banyak tenaga untuk sampai ke pulau. Maka mendayung perahu, mengemudikannya sedemikian rupa memerlukan kepakaran agar tidak tersesat atau tersalah memilih pulau yang dituju atau tenggelam karam di tengah lautan.
Begitulah ibaratnya dalam memilih cinta. Jangan sampai tersalah orang dalam memilih cinta. Mencintai orang yang salah lebih memeritkan daripada tidak mencintai orang sama sekali.
Kerana seumur hidup waktu kita terbuang bersama orang yang salah. Orang yang tidak akan dapat bersama kita  dalam mencipta bahagia.
 Bagi kita, formula untuk bahagia itu adalah X manakala bagi lelaki pula sebaliknya beranggapan bahagia adalah dengan Y. Kita ke timur dan dia ke barat. Kita ingin ke lautan sedangkan dia ingin ke daratan.
Apakah cinta yang sedang menghampiri itu sebuah cinta yang dapat diterima akal? Saat dia datang, melemparkan senyuman hanya sedikit tetapi rasanya sangat dalam. Apakah itu dapat diterima akal? Seseorang jatuh cinta pada sebuah senyuman, kemudian ketika ia berdegup kencang, ada labuhan cinta di dada, apakah itu juga boleh diterima?

Memilih

Banyak wanita Muslimah hanya menggeleng kepala apabila ditanya tentang itu. Apakah logik mereka menggelengkan kepala tetapi lisan mereka berkata, “Aku tidak tahu mengapa aku begini. Tetapi aku sangat menyukainya.”
Inilah sebuah kebingungan hati.
Kematangan kita diuji. Mampukah kita untuk tetap rasional disaat dibuai oleh dahsyatnya pesona? Mampukah kita untuk berdiri segagah perwira saat terkena rayuan maut? Tidak ramai diantara kita dapat menjawab dengan pasti. Biasanya akan berkata, “Saya tidak tahu, kita lihat sahaja nanti.”
Dimanakah kecerdasan dan kematangan itu ketika seorang mahasiswi yang masih muda sedang jatuh cinta kepada pensyarahnya? Di manakah pula kecerdasan saat seorang ibu anak dua jatuh cinta kepada suami orang? Ke manakah kecerdasan dan kematangan kita disaat cinta  menghanyutkan kesedaran kita? Otak yang cerdas mendadak jatuh ke kepala lutut dikala cinta menguasainya!


     “Bagaimanapun dia, saya tetap mencintainya.”
Begitulah, apa pun dia, tetap sahaja sangat berharga bagi pencintanya.
BERSAMBUNG…


Free Template Blogger collection template Hot Deals SEO